Expand To Show Full Article
Situasi Paul Pogba Nyata Membimbangkan Didier Deschamps - Grandstand Kita

Situasi Paul Pogba Nyata Membimbangkan Didier Deschamps

Pengendali skuad kebangsaan Perancis , Didier Deschamps menyatakan Paul Pogba tidak gembira apabila sekadar berada di bangku simpanan serta tidak bermain di posisi kebiasaannya dalam skuad Red Devils.

Paul Pogba hanya dua kali berada di kesebelasan utama dari 11 perlawanan semua pertandingan dan ternyata ia menjadi kebimbangan kepada jurulatih Perancis itu.

Pengurus Setan Merah Ole telah menukarkan posisi Pogba bermain di sayap kiri ketika menentang Arsenal dan Everton dan hanya mendapat bermain 90 minit penuh ketika bertemu Tottenham Hotspur dan Arsenal dengan keputusan yang mengecewakan.

“Saya kenal Paul dengan baik dan begitu juga dia bersama dengan rakan skuad kebangsaan. Cuma dia mendapati dirinya tidak gembira dalam situasi dengan kelabnya baik dari segi  minit permainan atau kedudukannya.” kata Deschamps kepada Football Perancis yang melihat perkembangan terkini pemain tengah itu.

“Dia tidak berada di tahap terbaik, dia mengalami kecederaan dan Covid-19 juga memberi kesan buruk kepadanya. Dia perlu menemui semula rentaknya. Dia telah bercakap mengenai apa yang sedang dia hadapi kepada saya dan saya merasainya.”

“Dia bermain dengan baik dalam pertandingan yang melibatkannya pada bulan lalu (perlawanan antarabangsa) dan tampil secara konsisten walaupun perlahan. Namun , kami tidak dapat mengatakan bahawa dia sedang bergelut dengan prestasinya di peringkat kelab.”

Namun lain pendapat Jamie Carragher. Tegasnya , Pogba mesti melihat dirinya sendiri terlebih dahulu.

“Kita masih membicarakan apa posisi terbaik untuk Paul Pogba tetapi dia pun telah berada di kelab itu selama empat tahun.” kata Carragher kepada TALKsport.

“Percaturan taktikal berubah kerana ianya mengikut pengurus yang berbeza seperti yang terjadi di Manchester United. Saya rasa ia memberitahu anda yang Pogba tidak dapat melakukan peranannya yang cukup baik dalam apa jua posisi dan taktikal.”

“Sekiranya seseorang berkata kepada saya, saya hanya boleh bermain dengan baik kerana pengurus tertentu , saya akan malu.”

Ole Solkjaer masih mencuba menggandingkan Pogba , Bruno dan Van De Beek dalam kesebelasan utama dalam sistem yang dia mahu gunakan tetapi pemain Perancis itu sedang bergelut dengan isu kecergasan setelah berehat lama akibat kecederaan yang panjang.

Kongsi artikel ini