Sir Stirling Moss: Pernah Dikejar Polis Merseyside & Gelaran ‘Si Budiman Yang Jujur’ Dunia Permotoran

Legenda pemotoran dan Formula 1 dunia daripada Britain, Sir Sterling Moss yang meninggal dunia pada usia 90 tahun pada Ahad lalu.

Moss memenangi 212 daripada 529 perlumban di semua pertandingan yang beliau pernah sertai, namun tidak pernah bergelar juara F1 dunia dalam mana-mana musim.

Namun beliau tetap dikenang sebagai salah seorang pemandu hebat dunia pemotoran pernah lahirkan.

Embed from Getty Images

Enzo Ferrare pernah menggelar Moss sebagai salah seorang pemandu terhebat yang beliau pernah saksikan.

Manakala Juan Manuel Fangio – yang menewaskan Moss dalam tiga kejuaraan diantara 1955 sehingga 1997 – menggelar pelumba tersebut sebagai yang terhebat pada era tersebut.

Limpahan penghormatan dari kalangan dunia F1 dan sukan diberikan sejak kematian Moss diumumkan. Beliau selama ini hidup bersama isterinya, Lady Susie Moss.

Pelumba yang versatile

Pundirt F1 dan juga bekas pemandu, Tony Jardine berkongsi kisah yang menjadikan pemain itu adalah seorang legenda. Moss bukan sahaja terlibat dengan F1, tetapi juga kejohanan dan perlumbaan lain termasuk rali.

“Beliau adalah wajah sukan permotoran,” ujar Jardine kepada talkSPORT.

Embed from Getty Images

“Beliau dikenali kerana versatility yang beliau miliki. Pada satu masa beliau mengakhiri perlumbaan di tempat kedua di rali Monte Carlo.

“Kemudiannya beliau boleh memenangi perlumbaan Sport R di Dundrod di Ireland, menewaskan pelumba yang sama dengan jauh sekali.

“Beliau tidak pernah hanya duduk dan memerhati purata pencapaian pernah dicapai.” Dalam erti kata lain, Jardine menyifatkan Moss sebagai pelumba yang tidak pernah berpuas hati dengan apa yang pernah dicapai.

Pernah dikejar Polis Liverpool

Moss juga dianggap sebagai seorang pemandu yang memiliki personaliti unik, dan Jardine turut berkongsi kisah menarik bagaimana Moss pernah berhadapan dengan polis.

“Ada satu kisah klasik mengenai Moss dan pihak polis yang gemar menahan pemandu dan akan berkata ‘anda fikir anda siapa, Lewis Hamilton?’

Embed from Getty Images

“Pada satu hari pada ketika Moss dalam perjalanan menuju trek perlumbaan di Aintree, beliau perlu melalui Terowong Turney. Dan beliau kemudiannya ditahan oleh pihak Polis Mersey kerana memandu laju.

“Polis terpaksa mengejar dan menahan kenderaan beliau di tepi jalan, dan bertanya: ”anda fikir anda siapa, Stirling Moss?’ Dan beliau menjawab, ‘Ya, sayalah itu’… tetapi jawapan itu tidak menghindarkan beliau daripada didenda £10!

Karier Moss

Moss menang 16 daripada 66 perlumbaan F1 yang beliau pernah sertai diantara 1951 sehingga 1961, dan menjadi pemandu British pertama memenangi Gran Prix pada 1955 di Aintree.

Moss turut dikenali sebagai seorang pelumba yang mementingkan semangat kesukanan, dan kerana sikap baiknya itu, beliau hilang peluang untuk muncul juara dunia pada 1958.

Pada musim tersebut, Moss hilang peluang bergelar juara kepada Mike Hawthorn. Dalam perlumbaan tersebut, Hawthron sebenarnya sudah terbabas dan mahu kembali menyertai perlumbaan.

Embed from Getty Images

Untuk berbuat demikian, Hawthron harus melawan arah melalui laluan kecemasan. Malangnya petugas pada ketika itu menyangka Hawthron telah melanggar peraturan dan disingkirkan dari perlumbaan.

Mujurlah Moss datang untuk menjelaskan keadaan, dan mata tempat kedua dikembalikan kepada Hawthron – cukup untuk beliau memintas Moss untuk bergelar juara dunia pada musim tersebut.

Kerana itulah Moss digelar si budiman yang penuh dengan kejujuran dalam dunia permotoran. Bayangkan jika Moss tidak tampil menjelaskan keadaan.

Beliau boleh sahaja meraih kejuraan dan tidak perlu memberikan penjelasan kepada marshall mengenai apa yang berlaku.

Selain daripada F1, Moss turut mencipta nama sebagai pemandu rali dan mencipta rekod baru di litar Mille Minglia, Itali pada 1955.

Beliau terpaksa bersara dari perlumbaan selepas kemalangan di Goodwood pada 1962 yang mengakibatkan beliau koma selama 6 bulan.

Moss kemudiannya meneruskan perlumbaan sehingga berusia 81 tahun dengan kereta antik dan legenda perlumbaan lain.

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on print
Share on email