Sir Alex Pernah Impi Gandingkan Ronaldo Bersama Bale Sebelum Bersara

Sir Alex Ferguson pernah cuba untuk membawa masuk kembali Cristiano Ronaldo untuk Manchester United pada 2013 untuk membina sebuah pasukan yang mampu mencabar di pertandingan Champions League.

Bagaimanapun pengurus dari Scotland itu bersara selang dua minggu kemudian setelah usaha beliau membawa pemain Portugal itu kembali ke Old Trafford gagal.

Perkara itu didedahkan oleh bekas bek kiti, Patrice Evra baru-baru ini. Menurut Evra lagi, Sir Alex turut merancang membawa masuk Gareth Bale dari Tottenham pada ketika itu untuk digandingan dengan Ronaldo.

Namun pada pengakhir musim 2012/13, Ferguson mengejutkan ramai pihak termasuk pemain United sendiri apabila mengumumkan persaraan selepas 27 tahun di Old Trafford.

Bercakap kepada United Podcast, Evra berkata:

“Dua minggu sebelum bersara, saya masih ingat kebanyakan media berkata Ferguson akan bersara tahun hadapan. Beliau sendiri berkata kepada saya, ‘Patrice, saya tidak akan bersara. Saya ada lagi 10 tahun.”

“Sasaran saya ialah 99% yakin kita akan mendapatkan Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale. Saya hanya perlukan dua pemain ini lagi untuk memenangi Champions League sekali lagi. 99%!”

“Dan ketika saya bercakap kepada Cristiano, saya bertanya hal ini dan beliau juga bekata ya kepada boss [Ferguson] untuk kembali ke United. Ini yang beliau katakan kepada saya.”

Bagaimanapun perkara itu tidak menjadi realiti apabila Ronaldo kekal di Real Madrid, kelab yang beliau sertai selepas meninggalkan United empat tahun sebelumnya dengan nilai rekod dunia £80 juta.

Bale kemudiannya turut menyertai Los Blancos pada musim panas 2013 dengan nilai £86 juta.

Evra turut berkongsi bagaimana pemain dikejutkan dengan pengumuman oleh Ferguson untuk bersara.

“Apabila kami tiba di Carrington, kami melihat banyak kamera. Mungkin ada seseorang melakukan perkara yang salah [sehingga menarik perhatian media]. Kami pasti menghadapi masalah.

“Tetapi sebak sampai, mereka meminta semua pemain berkumpul di bilik persalinan kerana boss mahu berjumpa semua pemain. Apabila boss sampai, ia tidak pernah berita baik.

“Beliau masuk dan berkata, ‘saya mahu meminta maaf kepada semua di bilik persalinan ini kerana saya akan bersara. Kerana itulah anda melihat semua kamera ini. Saya bersara kerana isteri saya memerlukan saya.

“Beliau kemudiannya memohon maaf kepada [Robin] van Persie dan Shinji [Kagawa] kerana dua pemain ini baru sahaja beliau bawa masuk.”

Sejak daripada persaraan tersebut, United tidak pernah memenangi sebarang kejuaraan liga.

Kongsi artikel ini