Sir Alex Ferguson Pernah Tawarkan Saya Menjadi Sebahagian Daripada Manchester United – Robert Lewandowski

Penyerang kebangsaan Poland dan mesin gol kelab Bayern Munich yang ditabalkan sebagai pemain bola sepak terbaik dunia Fédération Internationale de Football Association (FIFA) 2020 pernah menerima tawaran dari pengurus lagenda Manchester United , Sir Alex Ferguson untuk bermain dengan kelab gergasi Setan Merah itu pada tahun 2012.

Robert Lewandowski 32 tahun telah membuktikan beliau berhak menerima pengiktirafan sedemikian dengan menewaskan Cristiano Ronaldo Juventus dan Lionel Messi Barcelona selepas anugerah Ballon d’OR bagi tahun 2020 ini dibatalkan kerana wabak pendemik Covid-19.

 

Robert menyatakan perkara itu dalam satu wawancara dengan  Football France baru-baru ini.

“Selepas dua tahun saya bersama Dortmud , saya ada berbual dengan Tuan Sir Alex. Beliau mahukan saya di Manchester United.”

“Saya terkejut dengan pelawaannya dan saya bersedia untuk ke Old Trafford pada ketika itu.”

“Tetapi pengurusan kelab saya (Borussia Dortmund) tidak membenarkan saya pergi. Saya tidak kecewa juga kerana banyak perkara yang bagus saya lalui dengan kelab lama saya itu.

Selepas gagal mendapatkan Robert Lewandowski , Sir Alex Ferguson membawa Robin van Persie dari Arsenal dan pemain berkenaan mengecapi trofi Mahkota Kejuaraan EPL pada tahun 2012/2013 untuk Manchester United buat kali pertama dalam sejarah kariernya.

Beliau kini telah menjaringkan sebanyak 266 gol daripada 306 perlawanan gergasi kelab German , Bayern Munich yang mana 250 jumlah gol dijaringkan hanya di Bundesliga sahaja dan selebihnya di kejohanan lain semenjak meninggalkan kelab lamanya Borussia Dortmund secara percuma pada tahun 2014.

Musim lalu adalah sebahagian kegemilangan dan musim yang terbaik buat Robert Lewandowski setelah berjaya menjaringkan gol terbanyak di Liga Juara-Juara, Bundesliga dan Piala Jerman dan Bayern Munich muncul sebagai Juara Bundesliga dan Liga Kejuaraan Eropah.

Setelah memenangi anugerah Fifa tahun ini, Lewandowski berkata, “Saya merasa hebat dan sangat bangga dan gembira.”

“Ini adalah hari yang baik untuk saya dan juga untuk kelab dan rakan sepasukan.

“Penghargaan ini juga milik rakan sepasukan saya, jurulatih dan Bayern Munich pada umumnya.

“Ini perasaan yang luar biasa, sungguh!” ujarnya.

 

 

 

Kongsi artikel ini