Shin Tae-yong Jurulatih Kelas Dunia Yang Dilayan Taraf Amatur Oleh PSSI

Konflik antara Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) dengan jurulatih Shin Tae-yong terus berlanjutan dan semakin panas.

Seorang pengulas bola sepak bebas, Tommy Welly ketika mengulas konflik tersebut di Chanel YouTube I’M GenZ Official melabel sikap PSSI sebagai tidak menghargai jurulatih kelas dunia seperti Shin Tae-yong.

Konflik tersebut sangat teruk laman sesawang PSSI sempat menerbitkan sebuah artikel dimana Indra Sjafri mengkritik jurulatih Piala Dunia Korea Selatan itu secara terbuka dan menganggap beliau tidak profesional dan pembohong.

“Ini sebuah hal [konflik] yang merisaukan dan wajar diberikan perhatian. Shin Tae-yong itu dari negara bola sepak yang kuat, boleh dilabel gergasi Asia.

“Sejak Piala Dunia sejak 1986 Korea Selatan tidak pernah ketinggalan. Shin Tae-yong lahir dari tradisi bola sepak yang [berdarjat] tinggi,” kaya Tommy Welly.

Pada ketika ini Indonesia menjadi perhatian dunia kerana bakal menjadi tuan rumah Piala Dunia B-20 pada 2021.

“Shin Tae-yong adalah jurulatih yang terkenal di kalangan komuniti bola sepak antarabangsa. Jadi pendekatan kita harus ada kelas.

“Indonesia kini kan mahu tampil di Piala Dunia B-20 2021. Apa tanggapan dunia nanti yang melabel kita sebegitu amatur dalam mengurus konflik ini,” tambah Tommy.

Konflik PSSI dan Shin Tae-yong dipercayai berpunca daripada tembual jurulatih itu bersama media di Korea Selatan yang tidak disenangi oleh badan induk bola sepak republik itu.

Shin Tae-yong dikatakan kecewa dengan PSSI yang sering mengganti pengurus, dan turut risaukan generasi muda pemain Indonesia yang dikendalikannya.

Jurulatih dari Indonesia itu turut dituduh menyindir PSSI karena memilih Indra Sjafri sebagai Pengarah Teknikal.

Sebelum itu Indra yang dilantik sebagai pembantu jurulatih skuad B-19 Indonesia melakukan kesalahan kerana pulang ke Indonesia tanpa pengetahuan Shin Tae-yong ketika latihan pusat di Thailand pada Januari lalu.

Walaupun kecewa, Shin Tae-yong dilaporkan telah memafkan jurulatih yang membawa Indonesia memenangi pingat perak di Sukan SEA Manila pada tahun lalu itu.

Kedua-duanya bertemu sejurus skuad B-19 Indonesia kembali ke Jakarta daripada Thailand.

Namun Shin berkata Indra tidak melakukan permohonan maaf dan seperti tidak melakukan sebarang kesalahan.

Konflik Shin Tae-yong bersama Indra Sjafri dipercayai menjadi punca kepada keadaan yang semakin panas, termasuk hal sasaran tidak masuk akal, dan kem latihan seterusnya menjelang Kejohanan AFC B-19 di Uzbekistan.

 

Kongsi artikel ini