Expand To Show Full Article
Shin Tae-yong Jawab Balik PSSI: "Indonesia Rekod 1000 Kes Wabak Sehari, Bukankah Itu Bahaya Untuk Persiapan?" - Grandstand Kita

Shin Tae-yong Jawab Balik PSSI: “Indonesia Rekod 1000 Kes Wabak Sehari, Bukankah Itu Bahaya Untuk Persiapan?”

Ketua jurulatih Indonesia dari Korea Selatan, Shin Tae-yong memberi respon kepada kenyataan diberi PSSI mengenai dirinya baru-baru ini.

Melalui media Korea Selatan, Yonhap News Agency, Shin Tae-yong berkata bukan niat beliau untuk mereka konflik dengan badan induk bola sepak negara tersebut.

PSSI tolak permintaan Shin Tae-yong

Permintaan jurulatih itu juga jelas, iaitu mahukan kem latihan dijalankan di tempat yang selamat.

“Jika anda mengumpulkan 30 pemain, ini bermakna anda akan mengumpulkan sekitar 55-60 individu termasuk jurulatih dan staff.

“Di Indonesia ada lebih dari 1000 jangkitan wabak sehari, Bukankah itu bahaya?,” kata Shin ketik dihubungi melalui telefon oleh Yonhap News.

“Saya merancang membawa skuad B-19 Indonesia ke Gyeongju, Korea Selatan untuk latihan pusar, tetapi kini seperti tidak menjadi masalah latihan di mana saja,” tambahnya.

Tolak konflik

Shin Tae-yong juga tak ingin memperpanjangkan tanggapan media bahawa dirinya berkonflik dengan PSSI.

“Media tempatan melaporkan saya berkonflik dengan PSSI. Itu bukan hal penting. Rakyat Indonesia ingin [melihat] pasukan bola sepak mereka memiliki kemampuan untuk mencapai hasil maskima,” ujarnya.

Pasukan itu akan terlebih dahulu akan menguji kemampuan mereka di kejohanan AFC B-19 yang akan berlangsung di Uzbekistan pada Disember hadapan sebelum ke Piala Dunia B-20.

Shin dan staff kejurulatihannya bagaimanapun mengakui sukar untuk melakukan banyak perubahan dalam tempoh sebulan terakhir menjelang kejohanan.

Tagih sokongan penuh

Oleh kerana itu Shin mahu PSSI bekerjasama demi pasukan Indonesia agar meraih hasil maksima di kejohanan akan datang.

Shin mahu kejayaan Korea Selatan di bawah kendalian Guus Hiddink yang berlatih di luar negara sebelum ke Piala Dunia 2002 sehingga mampu mara ke separuh akhir menjadi contoh kepada PSSI dan Garuda Muda.

“Saya jelas tahu bagaimana caranya mencapai level saya, tetapi PSSI tidak mau mendengarnya. Perancangan asal, saya ingin memberikan pengalaman kepada pasukan ini,” kata Shin.

“Hasilnya pasukan Korea Selatan mencapai hasil luar biasa di Piala Dunia 2002 adalah kerana hasil latihan secara terus-menerus, bahkan mereka harus kalah 0-5 di luar negeri. [Pengalaman itu membuatkan] Level mereka sudah naik,” tambahnya.

Shin yang juga merupakan bekas pemain skuad kebangsaan Korea Selatan itu juga menambah beliau sendiri tidak ingin mengecewakan rakyat Indonesia di Piala Dunia U-20 2021.

“Jika anda berkata ingin menang, itu bukan hal mudah. Tetapi saya tak ingin mengecewakan rakyat Indonesia di Piala Dunia B-20.”

“Kita boleh mencipta momen indah bersama,” ujarnya.

Faham situasi PSSI

PSSI telah memotong gaji Shin sebanyak 50 peratus selama beliau berada di Korea Selatan sejak April 2020 akibat penularan wabak.

Mengenai hal itu, Shin Tae-yong mengaku faham dengan situasi yang dialami PSSI.

“Itu adalah darurat, saya mengerti soal pemotongan gaji,” kata Shin.

Sebelum ini isu pemotongan gaji jurulatih tersebut oleh PSSI turut mendapat liputan negatif media di Korea Selatan, apabila badan induk tersebut turut menangguhkan pembayaran kerana masalah kewangan.

Segala permasalahan Shin Tae-yong dengan PSSI bagaimanapun tidak dibantu oleh kenyataan Indra Sjafri yang dicanang sebagai pengganti jurulatih dari Korea Selatan itu.

Kongsi artikel ini