Shalin Zulkifli yang telah mewakili Malaysia dalam sukan tenpin boling telah mengumumkan persaraan beliau pada usia 42 tahun setelah hampir tiga dekad menjadi atlit boling paling berjaya di Malaysia.
Beliau yang digelar sebagai Ratu Tenpin Negara telah menghantar surat perletakan jawatan daripada menjadi atlet dalam Podium Kebangsaan menerusi Ketua Jurulatih Kebangsaan Holloway Cheah pada hari Selasa yang lalu.
Tangisan sang legenda! 🥺 😭
Bukan senang nak ucapkan selamat tinggal selepas 28 tahun mewakili negara. Jatuh naik bersama keluarga besar skuad boling negara. Terima kasih kak Shalin Zulkifli! Kami doakan akak akan terus berjaya selepas ini. 🙏🏻 #KitaJagaKita #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/DWJoxsaLup
— Team Malaysia (@TeamMsia) January 8, 2021
Dalam sidang media yang telah diaturkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) pada hari Jumaat semalam , antara faktor yang menyebabkan beliau mahu bersara ialah tahun baru ini ia bukan masa yang sesuai Shalin Zukifli membuat permulaan yang baru untuk kehidupannya selepas menjadi ahli sukan.
Shalin menjelaskan bahawa kecederaan yang sering dialaminya antara faktor beliau memutuskan untuk bersara dari mewakili Malaysia lagi.
“Saya tidak tahu berapa lama saya boleh terus bertanding dan salah satu sebab itulah saya bersara kerana saya mengalami banyak kecederaan. Saya cedera pada hampir setiap kejohanan yang saya sertai terutama dalam lima tahun kebelakangan ini.”
“Saya perlu berehat dan sembuh sepenuhnya sebelum saya bertanding di kejohanan professional boling pada bulan April.” katanya.
“Dalam senarai pencapaian saya, semuanya telah ada. Sukan SEA Sukan Asia Sukan Komanwel dan juga gelaran juara dunia. Tetapi saya belum mencapai apa-apa di litar pro (boling). Hanya itu yang belum saya kecapi lagi.
“Sebelum ini , saya menyertai litar dan pencapaian terbaik saya adalah tempat kedua. Oleh itu saya ingin mencapai sasaran saya , dan itulah sebabnya saya mahu melakukan yang terbaik untuk menggapai impian saya. InsyaAllah menjelang tahun depan.”katanya dalam sidang media yang mana beliau menitis air mata mengumumkan persaraannya.
Shalin Zulkifli juga berharap agar dapat menerbitkan biografi tentang dirinya dalam perjalanan kariernya speanjang penglibatan dalam sukan tenpin boling.
Mewakili negara selama 28 tahun
Bekas pemain nombor 1 Asia
Juara wanita pertama World Tenpin Masters
Tersenarai dalam International Bowling Hall of FameTerima kasih atas segala keringat anda kepada negara.
Selamat bersara, Shalin Zulkifli! 🙌 pic.twitter.com/4GpMzDLuOw
— Sukanz (@sukanzcom) January 8, 2021
Pemain yang dilahirkan di England pada 28 Mac 1978 , telah bergelumang dalam sukan ini dan mewakili Malaysia bermula pada tahun 1993 , namanya mula meningkat naik setelah memenangi Emas Trio dan All Events dalam temasya Sukan Asia di Hiroshima , Jepun pada tahun 1994.
Beliau juga menambah koleksi pingat emas di dua temasya Sukan Asia iaitu di Busan , Korea dan Doha , Qatar pada tahun 2002 dan 2006.
28 tahun wakili 🇲🇾 sejak 1️⃣9️⃣9️⃣3️⃣ – 2️⃣0️⃣2️⃣0️⃣.
4 🥇 SukanAsia
20 🥇 SukanSEA
3 🥇 KejuaraanDunia
(🎖🏆🏅🥈🥉 byk lg kat wiki)
👏 Legenda Shalin Zulkifli 🎳 pic.twitter.com/ALGplPDh1u— Saiyed Ismail Saiyed Hussin (@mailNewsMPB) January 8, 2021
Sepanjang penglibatan Shalin mewakili negara , beliau telah mengumpul 74 pingat di peringkat senior , menjuarai tiga Kejohanan Dunia iaitu 2003 di Malaysia , 2007 di Mexico dan 2017 di Las Vegas , Amerika Syarikat.
Beliau bergelar sebagai Ratu Tenpin Boling Sepanjang Zaman Malaysia telah diangkat sebagai Olahragawati Kebangsaan sebanyak lima kali iaitu pada tahun 1994 , 1996 , 1997 , 2001 dan 2002 dan pelbagai kejayaan manis yang telah dikecapi oleh beliau.
Thank You @shalinzulkifli Ratu Bowling 🎳 Negara #KontinjenMALAYSIA pic.twitter.com/u0XTTKyIbp
— #TeamMALAYSIA (@AtletMalaysia) January 9, 2021
Sementara itu Menteri Kementerian Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam satu kenyataan mengatakan bahawa beliau menghormati dan menerima keputusan Shalin untuk bersara setelah 28 tahun menabur bakti untuk menaikkan nama negara di dalam sukan boling.
“Shalin adalah atlet yang berjiwa besar dan telah terlibat dengan beberapa program termasuk sokongan kebajikan untuk atlet negara. Sumbangannya termasuk menjadi ketua Suruhanjaya Atlet Majlis Olimpik Malaysia serta penglibatannya dalam pembangunan wanita dalam sukan.
Terima kasih Ratu Boling Negara, Shalin Zulkifli!
Kami semua hormati keputusan beliau dan saya ingin mengucapkan terima kasih Shalin kerana menyumbang bakti mengharumkan nama Malaysia ke persada antarabangsa selama 28 tahun. THANK YOU SO MUCH 🇲🇾@TeamMsia @KBSMalaysia pic.twitter.com/yjESqGpoc6
— Reezal Merican (@reezal_merican) January 8, 2021
Menteri KBS secara peribadi dan bagi pihak kementerian serta peminat sukan dan seluruh rakyat Malaysia, mengucapkan terima kasih kepada Shalin atas sumbangannya yang besar kepada negara selama ini.