Masa depan Philippe Coutinho adalah antara yang menjadi tanda tanya menjelan jendela perpindahan pemain akan datang.
Namun selepas penularan wabak kesihatan global yang turut menjejaskan ekonomi industri bola sepak secara keseluruhan, pelaburan untuk pemain dengan prestasi tidak menentu seperti bintang Brazil itu akan dianggap sebagai risiko besar.
Namun demikian pengendali Barcelona, Quique Setien mempunyai idea beliau tersendiri untuk Coutinho: iaitu untuk pemain tersebut bermain di bahagian tengah.
Bayern Munich sudah menyatakan pendirian enggan menjadikan status pinjaman Coutinho sebagai pemain tetap. Dan Setien nyata tidak berputus asa dengan kemampuan pemain itu.
📰 — Setien is planning to play Coutinho as a midfielder rather than a winger in order to provide a solution heading into the 20/21 season. [marca] pic.twitter.com/pdJmED3IaJ
— Barça Universal (@BarcaUniversal) April 24, 2020
“Dia [Coutionho] adalah pemain yang hebat, dan saya sukankan dia,” ujar Setien kepada RAC1.
Ernesto Valverde sering kali menggunakan Coutinho sebagai ‘false winger’ dan pemain itu tidak pernah beraksi dengan baik di posisi tersebut bersama Barcelona.
Walaupun persembahan beliau seringkali diselamatkan oleh jaringan yang dihasilkan, prestasi keseluruhan Coutinho tetap sentiasa dikecam peminat.
Setien diberikan peranan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan beliau bercadang meletakkan Coutinho beraksi sedikit ke belakang di bahagian tengah.
📰 — Barça will not make any huge signings this summer. Neither Neymar nor Lautaro will come. Setien likes Coutinho and will ask the board for them to keep him. It all depends on the players Barça manage to sell. [marçal llorente via sinconcesiones] pic.twitter.com/kuSBrVwP3T
— Barça Universal (@BarcaUniversal) April 15, 2020
Menjelaskan idea tersebut, Setien berkata Coutinho boleh beraksi sebagai No.8 di bagagian tenhah.
Manakala pemain lain seperti Arthur Melo, Frenkie de Jong atau pun Sergio Busquets akan berada di belakang beliau untuk menjalankan tugas pertahanan.
Ia mungkin adalah idea yang boleh dilakukan, mengambil kira kemampuan pemain itu menjaringkan gol dan ketajaman kreativiti seperti yang dibuktikan ketika tampil bersama Brazil.
Barcelona masih lagi perlu membayar Liverpool 20 juta euros apabila Coutinho beraksi 100 perlawanan untuk kelab Catalan itu.
Buat masa ini Coutinho hanya beraksi 74 perlawanan, dan jika perancangan Setien berjaya, maka Coutinho pasti akan beraksi lebih dari jumlah tersebut pada masa hadapan.