Selepas didedahkan sebagai salah sebuah pasukan yang berhadapan dengan tunggakan gaji kepada pemain, hari ini Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Asmirul Anuar Aris hari ini tampil dengan penjelasan.
Menurut Asmirul kelewatan tersebut bukan disengajakan tetapi disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan fasa pertama yang dilaksanakan kerajaan pada 18 Mac lalu.
Menurut Asmirul lagi sebelum itu tidak ada masalah untuk penaja melunaskan gaji pemain setelah ianya dipersetujui bersama. Namun pada ketika itu difahamkan pihak penaja meminta pembayaran tersebut ditangguhkan sehingga tamat arahan fasa pertama tersebut.
Assalammualaikum..Sekali lagi saya di hujani dengan persoalan berhubung pembayaran gaji pemain melalui media massa…
Posted by Asmirul Anuar Aris on Tuesday, April 14, 2020
Bagaimanapun arahan PKP berlarutan sehingga kini telah memasuki fasa ketiga. Perkara itu secara tidak langsung menjejaskan perniagaan peniaga.
Namun demikian, penaja-penaja tersebut berjanji akan memperjelaskan penajaan sebaik sahaja tempoh PKP ini tamat.
Dalam kenyataannya turut memperjelaskan bagaimana bajet kerajaan negeri kini yang lebih mengutamakan rakyat disebabkan krisis yang melanda berbanding bola sepak.
Bagaimanapun, Asmirul memberi jaminan bahagian kerajaan negeri akan diselesaikan selepas tamat tempoh PKP.
Namun demikian, Asmirul turut mempersoalkan beberapa perkara terutama peranan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Malaysian Football Leahue (MFL) yang tidak proaktif membantu badan gabungan dan rakan kongsi.
“Keputusan menagguhkan liga tiada kata putus. Tarikhnya masih dalam perbincangan yang sentiasa ditangguh dari satu mesyuarat kepada satu mesyuarat yang akan datang.
“Jadi bagaimana pihak pengurusan di setiap negeri atau badan gabungan di seluruh Malaysia boleh menstruktur kewangan pasukan masing-masing serta mengadakan perbincangan dengan pemain?
“Sepatutnya FAM dan MFL menjaga kebajikan negeri-negeri selaku badan gabungan ketika negara sedang di landa pelbagai musibah. Bukan hanya sekadar menjadi perantara kepada sebuah negeri.
Kebanyakan pemain di dalam negara bersedia untuk memberi kerjasama dengan kelab atau pasukan mereka berkaitan pemotongan…
Posted by JOHOR Southern Tigers on Monday, April 13, 2020
“Jika mereka sendiri gagal mencari kos bantuan untuk menjaga kebajikan negeri yang teruk di landa musibah apalah sangat keupayaan setiap negeri bersama penaja masing-masing,” ujar beliau.
Selain itu Asmirul turut meluahkan rasa tidak senang terhadap JDT setelah pendedahan oleh TMJ mengenai beberapa pasukan yang gagal melunaskan tunggakan gaji masing-masing beberapa hari yang lalu.
“Saya juga mempersoalkan kewajaran JDT untuk campur tangan dalam pengurusan badan gabungan seolah melangkaui FAM?
“Untuk apa tujuan menggembar gembur di dalam media?,” persoal Asmirul.