Setelah isu kontroversi panas mengenai pemain antarabangsa Perancis , Paul Pogba yang telah dicetuskan oleh Mino Raiola , kelab Manchester United telah membuat keputusan untuk menjual pemain itu apabila jendela perpindahan pemain di bukan menjelang Januari 2021.
Manchester United have decided they want to sell Paul Pogba after the latest outburst from his agent Mino Raiola, says The Sun.
Club officials have decided Pogba's unsettling influence is becoming too much to handle and they want to sell the France star as soon as January. pic.twitter.com/HgayA3bdGI
— Goal (@goal) December 10, 2020
Ini berikutan Mino Raoila telah membuat kenyataan panas di media Tuttosports mengenai masa depan Paul Pogba yang telah pun berakhir di kelab Setan Merah sehari sebelum menjelang perlawanan UCL di Red Bull Arena German menentang RB Leipzig.
Menurut Mino Raiola , Paul Pogba tiada pilihan selain perlu keluar mencari kelab baru kerana dia tidak gembira lagi berada di kelab itu lagi.
Kenyataan dari super ejen pemain bintang itu menyebabkan kritikan daripada bekas pemain Liga Inggeris yang menyelar tindakan ejen itu sangat tidak beretika serta tidak kena pada masa yang tepat ekoran prestasi yang tidak menentu Manchester United.
Bagi dua bintang bekas pemain Manchester United , Paul Scholes dan Rio Ferdinand telah mengeluarkan pandangan keras terhadap ejen tersebut.
“ Saya fikir ini sangat membuang masa. Ole dan Woodward , bagaimana anda boleh membiarkan ejen itu bercakap sedemikian ya?”
“ Lebih baik Pogba suruh dia (Mino Raiola) diam atau pecat sahaja dia sebagai ejen.” Ulas kedua-dua pengulas perlawanan di antara Setan Merah dan RB Leipzig itu apabila di Football on BT Sport.
Ia juga mendapat perhatian daripada Jamie Carragher dan respon bekas pertahanan Liverpool di program Monday Night Football
“Buang ajalah dia. Pogba adalah pemain yang paling ntah apa-apa ntah yang pernah aku saksikan dalam tempoh 12 bulan ni.
“Sepatutnya Raoila perlu berhati-berhati dengan setiap kenyataan yang dia keluarkan oleh kerana dia kawan baik Pogba , kenyataan Raiola itu seperti dikeluarkan daripada mulut pemain itu sendiri.”
“Tapi kalau kenyataan Raiola itu bukan dari Pogba sendiri , dia patut pecat ejen dia itu.”
“Manchester United pun sudah pasti mahu buang Pogba.Tindakan ejen dia sangat memalukan. Tapi saya rasa terkejut kalau Real Madrid atau Barcelona mahu mengambil dia pula.”Tambah Carrager lagi seperti ingin melepaskan geram terhadap perangai Pogba dan ejennya.
Menurut Carragher , Pogba dikatakan masih cedera , tetapi dia sudah lama berada di bangku simpanan. Ole mahu menggunakannya semata-mata mahu merehatkan pemain lain untuk menentang Leipzig.
Bagaimanapun , skuad Red Devils terhumban di UEL selepas kalah 3-2 dengan tuan rumah Leipzig walaupun Pogba dan Bruno dapat menjaringkan gol.
Skuad Ole ketinggalan 3 gol cuba membuat ‘comeback’ seperti perlawanan sebelum ini namun gagal dan nyata ia kekalahan yang sangat mengecewakan Ole Gunnar Solsjaer.
Manchester United were dumped out of the Champions League after losing 3-2 to RB Leipzig on a disappointing night for Ole Gunnar Solskjaer.
— Sky Sports Football (@SkyFootball) December 8, 2020
Terdapat laporan bahawa Paul Pogba akan ditukar ganti dengan penyerang Juventus Paolo Dybala yang juga belum menunjukkan prestasi memukau berbanding pemain veteran Cristiano Ronaldo sekiranya Pogba mahu kembali ke kelab lamanya.
Juventus will offer Paulo Dybala in a swap deal for Paul Pogba in January, according to Tuttosport 👀 pic.twitter.com/bemp5cPPDQ
— Goal (@goal) December 9, 2020
Manchester United mungkin membuat keputusan yang tepat untuk menjual terus Paul Pogba kerana enggan lagi memeningkan kepala terutama kepada pengurus Setan Merah selain itu untuk mengembalikan motivasi dan suasana harmoni dalam bilik persalinan Old Trafford.