Serie A Tidak Iktiraf Cristiano Ronaldo

Serie A telah mengumumkan beberapa nama untuk menerima anugerah sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian setiap pemain pada musim ini.

Dan Cristiano Ronaldo pasti kecewa mengetahui dirinya tiada di dalam senarai pemenang anugerah tersebut.

Kita semua tahu betapa obsesnya Ronaldo terhadap anugerah.

Pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali itu pernah tidak menghadiri majlis The Best FIFA pada tahun lalu setelah mengetahui dirinya bukan pemenang.

Musim ini kapten pasukan kebangsaan Portugal itu telah menjaringkan 31 gol, termasuk 12 gol kemenangan – sambil membantu Juventus memperolehi 24 mata dengan gol-gol penting dari dirinya.

Dan walaupun turut memecahkan banyak rekod pertandingan sepanjang musim ini, ianya adalah rakan sepasukan Paulo Dybala yang dinamakan sebagai penerima Anugerah MVP oleh Serie A pada musim ini.

Berbanding Ronaldo, pemain dari Argentina itu hanya menjaringkan 11 gol dan menghasilkan 11 assists – satu pencapaian individu yang dianggap cemerlang untuk Dybala.

Penjaga gol Wojciech Szczesny pula adalah penerima Anugerah Penjaga Gol Terbaik, dan pemain pertahanan Inter Milan, Stefan de Vrij pula adalah penerima Anugerah Pemain Pertahanan Terbaik.

Anugerah Pemain Tengah Terbaik pula dimenangi oleh pemain Atalanta, Alejandro Gomez setelah pemain tengah itu menghasilkan 16 asssist untuk pasukanya pada musim ini.

Ciro Immnobile dari Lazio yang turut memenangi Kasut Emas Serie A juga turut dinobatkan sebagai penyerang terbaik liga.

Pemain berusia 20 tahun, Dejan Kulusevski dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Pemain Muda Terbaik apabila menghasilkan 10 gol dan 8 assist untuk Parma sepanjang musim ini.

Kesemua enam pemain akan menggunakan lencana khas pada jersi masing-masing pada musim akan datang. Dan Cristiano Ronaldo bukan salah seorang pemain yang akan menggunakan lencana tersebut.

 

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on print
Share on email