Sergio Busquets nyata kecewa dan tidak teragak-agak menggariskan kelemahan Barcelona ketika tewas kepada Real Madrid di Estadio Santiagi Bernabeu pada awal pagi tadi.
Perkara paling ketara ialah kegagalan Barcelona untuk membina seranga daripada belakang akibat pressing yang dilakukan oleh Vinicius Junior dan Fede Valverde – untuk menutup ruang.
“Kami hilang kawalan terhadap perlawanan ini kerana kami hilang pengusaaan,” jelas Busquets selepas perlawanan.
Busquets: "We lost control because we lost possession. We don't know how to bring the ball out from the back when they press us man to man. Sometimes you're not sure with a pass & run a risk, although we have the players to carry it out."
Never said this under Valverde LMAOOOO pic.twitter.com/yXNoGmD86S
— M•A•J (@Ultra_Suristic) March 1, 2020
“Kami tidak ada idea bagaimana untuk menggerakkan bola dari bahagian belakang selepas mereka menekan kami secara satu lawan satu.
“Apabila anda tidak yakin dengan hantaran yang dilakukan, maka risiko hilang bola semakin besar.
“Bagaimanapun saya berpendapat pasukan ini memiliki pemain yang diperlukan untu berbuat demikian.
“Pasukan ini juga mempunyai pemain yang gemar memperolehi bola. Saingan liga masih panjang.
How the combination of Benzema & Valverde created issues for Barcelona's defense!
Benzema was constantly dropping deep to receive the ball from his defense & he was pulling the Barcelona CBs out of their positions to open spaces for the runs of Valverde!#ElClasico #RealBarca pic.twitter.com/Ccm3TOmNWN— Nouman (@nomifooty) March 2, 2020
Barcelona memiliki peluang untuk menjarakkan kedudukan kepada 5 mata di La Liga sekiranya menang, namun kini Los Bancos yang berada di tangga teratas liga selepas keputusan pada pagi tadi.
“Ia adalah peluang untuk menjarakkan diri, namun ianya tidak berlaku,” tambah Busquet kecewa.
@realmadrid 2-0 @FCBarcelona FT.
71”@viniciusjr
92”@marianodiaz7
Goals of the match 🔥🔥⚽️🎥 pic.twitter.com/kOicVpWbdY— Sky Sports Football news (@SkySportsFootb1) March 2, 2020
“Kami bermain agak baik pada babak pertama, namun ia berubah pada babak kedua. Kami bergelut untuk memulakan gerakan dari belakang, dan Real Madrid pula mengambil peluang untuk mara.
“Mereka menjaringkan gol pada saat yang amat mengecewakan.”

Dalam perlawanan tersebut, Karim Benzema turut memainkan peranan penting dalam mengelirukan benteng tengah Barcelona.
Kehadiran pemain dari Perancis itu sering kali menarik perhatian pemain Barcelona, untu membuka ruang dieksploitasikan oleh Valverde dan juga Vinicius.
Dalam erti kata lain, Benzema digunakan sebagai False 9 dalam perlawanan in, untuk mengoptimumkan kepantasan Vinicius, Valverde atau pun Mariano Diaz.
Ilustrasi di atas turut memperlihatkan bagaimana Isco dan Benzema antara yang melakukan pressing awal ketika Barcelona memiliki penguasaan bola.
Idea oleh Zidane ialah untuk tidak membenarkan Barcelona selesa membina gerakan serangan daripada bawah.