Senarai Kedudukan Kelab Premier League Berdasarkan Kekayaan Pemilik Kelab

Bagaimanakah kedudukan kelab-kelab di Premier League sekiranya disusun mengikut susunan kekayaan pemilik kelab masing-masing?

Tidak dapat dinafikan kekayaan pemilik sesebuah kelab akan mempengaruhi sejauh mana cita-cita kelab tersebut untuk mengejar kejayaan.

Roman Abramovich misalnya mengambil alih Chelsea pada 2003. Kelab London itu muncul juara Premier League pada tahun berikutnya.

Begitu juga dengan Manchester City. Ramai pemain-pemain ternama dunia dibawa masuk sejak pengambilalihan oleh Sheikh Mansour.

Dan sejak daripada itu, City telah menjuarai empat gelaran Liga Perdana Inggeris, dua Piala FA, dan empat Piala Liga.

Newcastle United bakal menjadi kelab dengan pemilik terkaya seterusnya sekiranya Putera Mahkota Arab Saudi melengkapkan pengambilalihan yang dianggap sensasi oleh ramai penyokong The Magpies.

Era Mike Ashley dilaporkan akan tamat selepas Public Investment Fund yang mengetuai pengambilalihan tersebut melakukan tawaran sebanyak £300 juta.

TalkSPORT telah menyenaraikan pemilik 20 kelab berdasarkan kekayaan. Berikut adalah senarai anggaran kekayaan masing-masing.

1. Newcastle United: Public Investment Fund of Saudi Arabia (£260 billion)

2. Manchester City: Sheikh Mansour (£23.3 billion)

3. Chelsea: Roman Abramovich (£9.6 billion)

4. Arsenal: Stan Kroenke (£6.8 billion)

5. Wolverhampton Wanderers: Guo Guangchang (£5.2 billion)

6. Aston Villa: Nassef Sawiris (£5 billion)

7. Leicester City: Aiyawatt Srivaddhanaprabha (£4.6 billion)

8. Tottenham Hotspur: Joe Lewis (£3.9 billion)

9. Manchester United: Glazers (£3.6 billion)

10. Southampton: Gao Jisheng (£3.1 billion)

11. Crystal Palace: Joshua Harris (£2.7 billion)

12. Liverpool: John Henry (£2.1 billion)

13. Everton: Farhad Moshiri (£1.5 billion)

14. Brighton and Hove Albion: Tony Bloom (£1.3 billion)

15. West Ham United: David Sullivan and David Gold (£1.2 billion)

16. Bournemouth: Maxim Demin (£900 juta)

17. Sheffield United: Prince Abdullah bin Musa’ed (£198 juta)

18. Watford: Gino Pozzo (£93 juta)

19. Burnley: Mike Garlick (£62 juta)

20. Norwich City: Delia Smith and Michael Wynn-Jones (£23 juta)

Kongsi artikel ini