Senarai Enam Perpindahan Pemain Terbaik Tahun 2020 Dalam Liga Eropah

Tahun 2020 telah menjadi tahun yang sukar untuk sukan seluruh dunia terutama dalam bolasepak khususnya. Sebaik sahaja wabak coronavirus merebak di Eropah bermula dari Februari sehingga Mac , stadium mulai ditutup dan semua liga bolasepak terpaksa ditangguhkan.

Perbelanjaan kelab menerima tamparan hebat apabila terpaksa menanggung kos kerugian kerana pembelian pemain baru dan kos operasi kelab yang besar disebabkan ketiadaan aktiviti perniagaan seperti jualan tiket perlawanan , pembelian aksesori , jersi dan lain-lain yang dikeluarkan oleh kelab bolasepak kepada penyokong kelab untuk mendapatkan semula hasil keuntungan kepada kelab.

Kini pengurusan kelab harus lebih berhati-hati dengan perbelanjaan dana yang mereka miliki kerana kesan buruk daripada pandemik Covid-19 masih lagi terasa dan ia memerlukan masa yang panjang bagi memulihkan pendapatan kewangan kelab bola sepak di seluruh dunia.

Bagaimanapun mari kita soroti kembali perpindahan pemain pada tahun 2020 yang terbaik dan meningkatkan prestasi kelab berkenaan pada jendela Januari dan September yang lalu.

Berikut adalah senarai enam pemain terbaik yang telah mendatangkan impak besar kelab bolasepak seluruh Eropah.

1.Bruno Fernandes (Sporting Lisbon – Manchester United 47 juta euro + bonus tambahan)

Bruno Fernandes

Pembelian pemain yang paling berbaloi oleh pengurus berasal dari Norway , Ole Gunnar Solskjaer setakat ini. Ketibaan pemain Portugal ini pada Januari yang lalu telah mengubah atmosfera pasukan Red Devils sehingga kini. Tidak boleh dipertikaikan lagi kewibawaan beliau di dalam padang setiap kali menyarung jersi Merah dengan memberikan 200% jiwanya terhadap pasukan.

Bruno telah membawa skuad OGS mengakhiri musim 2019/2020 di tempat ketiga dalam Liga Premier dan menjelang masuk tahun 2021 , Red Devils berada tiga mata dibelakang pendahulu liga Liverpool dengan perbezaan tiga mata dan masih mempunyai kelebihan satu perlawanan lagi walaupun telah masuk minggu ke 16.

Statistik persembahan pemain tengah ini sangat cemerlang dan beliau berada di kalangan pemain elit seperti Mohammad Salah , Harry Kane , Son , James Vardy sebagai penjaring gol terbanyak dalam kancah EPL.

2. Erling Braut Haaland ( Redbull Salzburg – Borussia Dortmund 22.5 juta euro)

Pemain berbakat ini telah dinobatkan sebagai pemain muda berbakat Anugerah Golden Boy pada November yang lalu telah memilih Borussia Dortmund untuk meningkatkan lagi prestasinya sebagai penyerang yang unggul. Kelab Borussia Dortmund telah melihat potensi pemain berasal dari Norway ini dan telah mengaktifkan klausa pelepasan bernilai 20 juta euro dari RB Salzburg.

Beliau datang ke kelab Borussia Dortmund dengan membantu kelabnya layak ke separuh akhir tetapi tewas kepada PSG dalam Liga Kejuaraan Liga Eropah pada musim 2019/2020. Pada musim 2020/21 Haaland telah menjaringkan 16 gol daripada 12 penampilan di Bundesliga dan saingan UCL peringkat kumpulan sebelum memasuki tahun 2021.

Menurut laporan dari transfermarket.com , nilai pemain ini telah meningkat kepada 100 juta euro bagi mana-mana kelab yang ingin mendapatkan penyerang yang berusia 20 tahun ini.

3. Zlatan Ibrahimovic ( La Galaxy – AC Milan Percuma )

Zlatan Ibrahimovic

Sebaik sahaja beliau bermain untuk kelab La Galaxy , ramai peminat menjangkakan bahawa penyerang veteran ini akan menggantungkan but dan mengakhir kariernya di sana tetapi tanggapan itu salah.

King Zlatan 39 , ke liga Italy untuk kembali ke AC Milan sebagai pemain selepas beliau pernah bermain untuk kelab itu pada tahun 2010. Kembali Zlatan ke kelab itu menjadikan lagenda Sweeden ini sebagai sumber inspirasi kepada pemain-pemain muda.

Beliau masih mampu menjaringkan gol pada setiap perlawanan dan kini AC Milan dibawah kendalian jurulatih Stefano Pioli sedang berada di puncak Liga Serie A Italy. Karekter Zlatan Ibrahimovic telah meningkatkan kualiti dan prestasi pemain-pemain yang bermain bersama dengan beliau.

4. Luis Suarez ( Barcelona – Atletico Madrid Percuma )

FBL-ESP-LIGA-ATLETICO-ELCHE

Dikhabarkan dengan membuat satu panggilan telefon sahaja oleh jurulatih baru Barcelona , Ronald Koeman untuk memaklumkan bahawa khidmat beliau tidak diperlukan lagi di Barcelona , Altelico Madrid pantas mengambil peluang yang terhidang untuk membawa penyerang veteran Uruguay ini ke kelab itu pada September yang lalu.

Penyerang berusia 33 tahun ini telah melonjakkan skuad Diego Simone ini di kedudukan pertama di La Liga dan mempunyai harapan untuk kelab berkenaan merangkul Trofi La Liga 2020/21. Bagaimanapun Real Madrid mengekori rapat kelab itu di tangga kedua.

5. Pierre Emile Hojbjerg ( Southampton – Tottenham Hotspurs 15 juta euro)

Pierre-emile Højbjerg

Pemain tengah ini menjadi nadi utama dalam skuad yang dikendalikan oleh Jose Mourinho dalam usaha untuk meraih trofi utama dalam pertandingan yang disertai oleh Spurs.

Pemain ini cepat mengadaptasi taktikal yang dipertaruhkan oleh Mourinho sehinggakan Dele Alli tidak dapat merebut posisi beliau untuk kesebelasan utama pasukan.

6. Diogo Jota ( Wolves – Liverpool 41 juta euro + bonus tambahan)

Diogo Jota

Pada musim 2020 , Jurgen Klopp mahu menambahkan lagi kekuatan dan kualiti dalam skuadnya walaupun baru sahaja menang Trofi EPL 2019/2020. Pemain antarabangsa Portugal ini di bawa masuk sebagai pemain alternatif yang akan menggantikan Roberto Firmino , Divock Origi , Roberto Firmino , Mane dan Salah sekiranya mereka tercedera.

Ia satu keputusan yang tepat oleh jurulatih itu kerana Diogo Jota telah menunjukkan prestasi mengagumkan kerana telah berjaya menjaringkan sembilan gol sebelum beliau dilanda krisis kecederaan dan terpaksa berehat beberapa minggu.

Rumusan

Pada hari lusa 02 Januari 2021 ,  jendela perpindahan pemain untuk pasukan yang berpengkalan di Eropah akan dibuka selam sebulan sehingga 01 Februari 2021. Maka kelab akan sibuk untuk menguruskan penjualan , pinjaman dan pembelian pemain-pemain yang sedia ada.

Bagaimanapun kebarangkalian kelab tidak akan mengeluarkan perbelanjaan yang begitu besar ekoran kantung kewangan kelab terjejas teruk akibat wabak pandemik |Covid-19 ini.

 

Kongsi artikel ini