Penularan wabak K0V19 diramalkan akan mengubah nilai pasaran pemain, namun kajian terbaru Kylian Mbappe kekal sebagai pemain paling bernilai dunia pada harga €260 juta.
Kesan penularan menyebabkan perlawanan terpaksa diadakan di stadium tertutup, yang turut membawa makna kewangan kelab turut terjejas sehingga menyebabkan kuasa belian dan nilai pasaran pemain jatuh.
Namun ini tidak bermakna kumpulan pemain terbaik dunia akan terjejas teruk. Menueut CIES Football Observatory, Mbappe masih bernilai €259.2 juta, menjadikan beliau pemain paling bernilai dunia pada hari ini.
Di belakang pemain Perancis itu adalah empat pemain Inggeris dan anggota skuad kendalian Gareth Southgate yang mempunyai lima pemain dalam senarai 10 pemain paling bernilai dunia.
Bagaimana penilaian dilakukan?
Penilaian dilakukan berdasarkan beberapa faktor penting termasuk usia, prestasi semasa pemain, tempoh kontrak pemain dan juga kedudukan kewangan semasa kelab yang memiliki pemain.
Mbappe mempunyai baki kontrak selama tiga tahun. Bermain bersama salah satu kelab terkaya dunia pada usia 21 tahun dan merupakan pemenang Piala Dunia, maka tidak sukar membayangkan Mbappe sebagai pemain paling bernilai pada hari ini.
Pada hari ini Mbappe menjadi lebih mahal dari Neymar ketika PSG membelanjakan €220 juta untuk mendapatkan pemain dari Brazil itu dari Barcelona beberapa musim yang yang lalu.
Mbappe dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid, namun sukar untuk menjangkakan beliau akan ke Bernabeu pada musim panas akan datang.
Berada di kedudukan ketiga adalah Jadon Sancho yang turut dikait rapat dengan perpindahan dari Borussia Dortmund untuk ke Old Trafford.
Bintang dunia lain
Berada di kedudukan ke-9 pula adalah Alphonso Davies yang menarik perhatian ramai dengan aksinya bersama Bayern Munich sejak saingan Bundesliga bermula kembali. Beliau adalah pemain termuda di dalam senarai Top 20.
Antoine Griezmann yang berada di atas Dabies adalah pemain paling berusia di dalam senarai tersebut pada usia 29 tahun. Beliau dilihat akan kekal di Nou Camp buat masa ini namun tidak menyembunyikan niat beraksi di Amerika Syarikat pada masa hadapan.
Pemain Manchester City, Ederson menjadi penjaga gol paling bernilai dengan harga €86.8 juta, manakala Matthujs de Ligt pula adalah pemain pertahanan tengah paling bernilai pada harga €104.7 juta.
Pemain tengah Portugal yang baru menyertai Manchester Unitedpula adalah pemain tengah paling bernilai dengan tanda harga €104.9 juta – hampir dua kali ganda nilai dibayar United kepada Sporting Lisbon untuk mendapatkan pemain tersebut pada Januari lalu.