Selain Rudiger Ini Pemain Chelsea Yang Ke Real Madrid Sejak Tahun 2007

Bekas pemain pertahanan kental Chelsea , Antonio Rudiger telah pun menyertai kelab pemegang rekod terbanyak menjuarai Trofi Liga Juara Eropah sebanyak 14 kali , Real Madrid untuk musim hadapan.

Pemain antarabangsa skuad German itu berpindah secara percuma selepas tamat kontrak bersama Chelsea telah menandatangani kontrak selama empat tahun dengan gaji lumayan yang bakal diperolehi sekitar €400,000 seminggu menurut laporan Skysports.

Pemain itu akan diperkenalkan kepada para penyokong melalui satu majlis khas di Stadium Bernabeu pada 20 Jun 2022 ini.

Dalam ciapan di laman Twitternya dia berkata , “Dengan penuh kebanggan saya memberitahu akan menyertai kelab Real Madrid. Saya sangat teruja untuk cabaran baharu dan tidak sabar untuk bermain dalam perlawanan pertama dengan kelab gergasi ini.”

Rudiger menyertai Chelsea dari Roma lima tahun lalu, dan memenangi Piala FA 2018 pada musim pertamanya di kelab itu di bawah Antonio Conte.

Pada tahun 2019 dia membantu The Blues menjulang Liga Europa di bawah jurulatih Maurizio Sarri , tetapi bergelut untuk mendapatkan minit perlawanan di bawah pengendalian Frank Lampard.

Situasi Rudiger itu telah menarik minat daripada kelab yang ingin meminjamkannya pada Januari 2021 namun selepas Lampard dipecat dan digantikan oleh Thomas Tuchel , jurulatih itu segera mengembalikan Tony Rudiger ke kesebelasan utama.

Bekas pertahanan Stuttgart dan Borussia Dortmund itu memainkan peranan penting dalam kejayaan Chelsea dalam Liga Juara-Juara pada penghujung musim 2020/21, serta kemenangan Piala Dunia Kelab mereka awal tahun ini.

Pemain berusia 29 tahun ini antara enam pemain yang telah menyertai Real Madrid sejak 15 tahun yang lalu dan kesemua pemain itu telah menikmati kejayaan yang penuh gilang gemilang di Bernabeu.

Antonio Rudiger (center) pictured in action for Chelsea against Real Madrid in April 2022

Dia akan bergabung dengan bekas rakan sepasukan Chelsea, Eden Hazard dan Thibaut Courtois musim depan.

1. Eden Hazard

Eden Hazard meninggalkan Stamford Bridge untuk ke Real Madrid pada 2019 dengan harga perpindahan dalam lingkungan €100 juta tetapi tampak pemain tengah ini tidak menunjukkan prestasi yang amat diharapkan dengan krisis kecederaan yang dialami serta masalah displin di luar padang.

Namun begitu, pemain Belgium berusia 31 tahun itu tidak akan meninggalkan musim panas ini. Pengurus Carlo Ancelotti telah memberitahu Eurosport: “Dia tetap bermotivasi walaupun dia menghadapi masa yang sukar. Dia mahu menunjukkan kualitinya. Rancangan untuk Hazard adalah jelas, dia kekal.”

2. Thibaut Courtois

Penjaga gol nombor satu Belgium yang meninggalkan Chelsea pada tahun 2018 telah menikmati karier kemuncak prestasinya apabila membantu Real Madrid menjuaraiTrofi Liga Juara-juara Eropah dalam perlawanan akhir  menewaskan Liverpool 1-0 dua minggu lalu.

Courtois menjadi “Man of The Match” dalam perlawanan akhir Liga Juara-juara berkenaan yang telah mempamerkan aksi kelas bertaraf dunia sebagai penjaga memastikan pasukan Salah pulang ke Liverpool dengan rasa kecewa.

Rudiger dan Courtois akan bergabung pada musim 2022/2023 dan ia sudah pasti menambahkan kekuatan pertahanan Real Madrid ekoran pertahanan Marcelo Viera mengumumkan untuk meninggalkan Real Madrid hujung musim ini.

3. Arjen Robben

Lagenda Belanda ini menyertai Real Madrid pada tahun 2007 selepas cemerlang membantu Chelsea meraih kejuaraan Liga Perdana Inggeris dua musim berturut-turut pada tahun 2004 hingga 2006 di bawah Jose Mourinho.

Ini menarik minat kelab gergasi Sepanyol , Real Madrid untuk membawanya ke Santiago Bernabeu dan Robben berjaya bantu kelab tersebut menjarai La Liga pada musim 2007-08.

Bagaimanapun, pada tahun 2009, Real Madrid mengambil keputusan mengejut untuk menjual Arjen Robben kepada kelab hebat dari Jerman, Bayern Munich atas alasan mahu membina semula skuad Galaticos itu dengan membawa masuk Cristiano Ronaldo , Xavi Alonso , Karim Benzema dan Kaka.

4. Ricardo Cavarlho

Mengikat kontrak dua tahun dari 2010 hingga 2012 dengan membentuk bek tengah bersama Pepe. Bagaimanapun Cavarlho tidak dapat mempamerkan aksi konsisten dan kerap kali tercedera sehingga beliau hanya menghabiskan masa di luar padang untuk pulih.

Bermain hanya 48 perlawanan dalam semua pertandingan yang disertai oleh Real Madrid akhirnya dia berpindah ke kelab Monaco selepas Jose Mourinho tidak memerlukannya lagi.

5. Michael Essien

Beliau bukanlah pemain yang dibeli oleh Real Madrid , tetapi dipinjamkan oleh Chelsea hanya 1 musim sahaja iaitu pada tahun 2012 – 2013 sebelum dilepaskan ke AC Milan pada tahun berikutnya.

Pemain datang dan pergi adalah satu perkara yang biasa dilakukan oleh kelab-kelab bola sepak diseluruh dunia dan Real Madrid sangat beruntung kerana mendapat Rudiger tanpa mengeluarkan modal satu sen pun disebabkan masalah yang melanda kelab Chelsea yang digantung oleh kerajaan British yang berpunca dari Abramovich sehingga masalah itu telah pun selesai.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kongsi artikel ini