Pada usia 34 tahun, ia bagaikan satu mimpi menyaksikan aksi pemain yang dianggap sebagai legenda di Old Trafford beraksi menentang bekas pasukannya.
Ia bukan mengenai saingan kompetitif dan kemahuan Wayne Rooney untuk menewaskan United sebagai kapten Derby County yang mahu kita leraikan.
Sikap profesional Rooney tidak perlu dipersoalkan – sejak kali terakhir mencetus kontroversi dengan ugutan berpindah ketika era Sir Alex Ferguson untuk menuntun kontrak baharu bersama United.
”He goes by the name of Wayne Rooney.” 🙌🏼 #mufc pic.twitter.com/AyjMSeXLZK
— Red Army Sverige (@RedArmySverige) March 5, 2020
Rooney yang kita kenali akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada pasukannya setiap kali beraksi di atas padang. Kerana itu chant oleh penyokong United yang bertandang ke Pride Park pada awal pagi tadi sememangnya boleh difahami.
Walaupun telah meninggalkan United pada 2017, aksi yang diperagakan oleh pemain ini mengingatkan mana-mana penyokong Manchester United akan impak yang pernah diberikan sejak tiba di Old Trafford pada 2004.
Hatrik dan satu assist dalam debut menentang Fenerbahce di Champions League 2004 pantas menjadikan Rooney sebagai idola pendukung The Red Devils.
Wayne Rooney at FT. 🇾🇪♥️pic.twitter.com/4IJqAJqp9G
— UTFR 🇾🇪 (@ManUtd_HQ) March 5, 2020
Tahun demi tahun, musim demi musim, Rooney terus menjadi igauan pemain lawan yang pernah berhadapan dengannya.
Bukti Rooney menjadi mimpi ngeri pemain lawan menjadi jelas apabila muncul sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Manchester United dengan 253 gol dari 559 penampilan untuk mengatasi rekod Sir Bobby Charlton yang teguh selama berdekad lamanya.
Daripada perlawanan menentang Fenerbahce kepada kejuaraan EPL pertama pada musim 2006/07, sehinggalah ke era Moyes, Louis Van Gaal dan Jose Mourinho, aksi Rooney bersama United turut dihiasi bersama beberapa kontroversi di luar padang sepanjang tempoh tersebut.
Wayne Rooney vs Manchester United. pic.twitter.com/NMBUTMmMRs
— All About Football⚽️💯 (@AllAbou21149933) March 5, 2020
Tetapi lihat aksi beliau pada awal pagi tadi. Ia adalah persembahan tipikal daripada Rooney yang ramai penyokong United kenal.
Bagi yang menyaksikan, kami yakin sedikit sebanyak terubat sedikit rindu yang telah lama hilang itu.
Perhatikan hantaran jauh yang terus membelah pertahanan Manchester United ini:
The VISION from @WayneRooney here 👀#UndertheLights @dcfcofficial pic.twitter.com/uP6098KISt
— The Emirates FA Cup (@EmiratesFACup) March 5, 2020
Juga sepakan percuma klasik daripada Rooney yang memaksa Sergio Romero melonjak sebaik mungkin untuk menepis keluar percubaan tersebut.
OH 🤯#UndertheLights #DERMUN pic.twitter.com/6A59a9xgg1
— The Emirates FA Cup (@EmiratesFACup) March 5, 2020
Sepakan percuma oleh Rooney ini hampir sahaja memberikan Derby County pendahuluan. Ia pasti menjadi perlawanan yang berbeza sekiranya lawan terlebih dahulu mendahului.
I think even @ManUtd fans wouldn't have minded if that went in 😅#UndertheLights #DERMUN pic.twitter.com/5SxswyaKco
— The Emirates FA Cup (@EmiratesFACup) March 5, 2020
Bukan sekali, tetapi dua kali Rooney menguji Romero dengan sepakan percuma cantik. Benar, jujurnya pada kedudukan 3-0, tiada penyokong United kisah jika Rooney berjaya membolosi gawang United kali ini.
Namun kecemerlangan Romero sekali lagi menyelamatkan gawang United daripada dibocori.