Saya Terlepas Sign Alexandre Pato – TMJ

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim , DYAM Tengku Ismail ibni Sultan Ibrahim telah memberitahu bahawa baginda terlepas untuk menandatangani pemain dari kelahiran Brazil itu dalam rancangan Bola Mamak yang dihoskan oleh Hafizan Hamad di Astro Arena pada malam tadi.

“ Sebagai contoh semalam saya terlepas nak sign Alexandre Pato. Saya cuba juga nak dapatkan nama besar kerana kerana masa itu harga nya $1.8 – 1.9 juta. Ok ada can ni , ada bajet.”

“ Lepas itu ada kelab dari UAE offer dia 2.2 – 2.3 million terlepas. Tapi apa nak buat mula-mula ada perbincangan dan selepas itu dia pergi ke UAE. Offer yang lebih baik dan main bola di sana”

Alexandre Pato 31 tahun , pemain kelahiran Brazil yang pernah dianggap sebagai jelmaan Messi baru sedang bermain di kelab Sao Paolo Brazil.

Beliau pernah menyertai gergasi kelab Italy AC Milan , Villareal dan Chelsea sebelum mengambil keputusan berhijrah ke Liga Super China demi mengejar wang yang banyak.

Tengku Mahkota Johor turut memaklumkan Sapawi Rasid yang dipinjamkan ke kelab Portimonense SC , Portugal akan kembali ke JDT pada tahun 2021.

Mengenai spekulasi pemain natrulisasi Malaysia Mohamadou Sumareh , baginda terlebih dahulu akan mendapatkan restu dari Tengku Muda Pahang untuk menandatangani pemain berkenaan.

“Jikalau Sumareh nak balik , saya kena berbual dengan Pahang dahulu. Saya pun tadi telah bertanya dengan Tuanku Tengku Muda Pahang , jikalau dia bersetuju , saya proceed. Jikalau tidak , saya tak berbuat apa-apa. Saya minta respek , minta hormat dari dia (Tengku Muda Pahang).

Tengku Mahkota Johor juga berseloroh yang Johor Darul Takzim akan mendapatkan pemain untuk musim 2023.

Pada musim 2021 , juara Liga Super Malaysia tujuh kali berturut akan berkerjasama dengan UNICEF selama setahun.

UNICEF merupakan sebuah badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bukan berasaskan keuntungan tetapi ia memberi bantuan kemanusiaan dan pembangunan kepada kanak-kanak di seluruh dunia.

JDT kini sebaris dengan gergasi bola sepak Manchester United , Barcelona dan Flamengo yang telah diberikan pengiktirafan oleh 0rganisasi antarabangsa berkenaan.

Kongsi artikel ini