“Saya Bergabung Dengan JDT Bukan Kerana Uang Semata” – Jordi Amat

Selepas dikritik dan dipersoalkan oleh netizen dan penyokong bola sepak Indonesia mengenai keputusannya untuk menyertai JDT, akhirnya Jordi Amat tampil dengan penjelasan.

Penjelasan terebut juga tiba selepas beberapa jam beliau diumumkan secara rasmi sebagai rekrut baharu JDT.

Melalui perkongsian di media sosial peribadinya, pemain pertahanan tengah itu tampil menjelaskan sebab sebenar perpindahan beliau ke JDT.

“Halo semua follower yang saya hormati, sata membuat pernyataan ini untuk menjelaskan bahwa mengapa saya memilih JDT sebagai tim baru saya,” kata Jordi Amat membuka bicara.

“Hal pertama yang saya ingin klarifikasi adalah semua tuduhan yang salah terhadap saya, yang mengatakan bahwa saya ingin mendapatkan paspor Indonesia hanya untuk bisa bermain sebagai kuota Asia di tim baru saya JDT.

“Saya ingin semua orang tahu bahwa sebelum saya mengambil keputusan itu, saya juga mendapat beberapam tawaran dari beberapa Liga-Liga kuat dari negara lainnya.

“Saya bergabung dengan JDT bukan kerana uang semata, alasan saya bergabung dengan Johor adalah berdasarkan usaha saya beradaptasi di Asia, kerana kedekatan dengan Indonesia dan juga saya memungkinkan untuk lanjut berkompetisi di level tertinggi sepak bola Asia, kerana JDT bersaing di ACL, Asian Champions League.”

Melalui kenyataan tersebut, Jordi Amat turut menyatakan kekaguman beliau terhadap fasiliti dan kemudahan yang dimiliki JDT.

Malah beliau berpendapat segala kemudahan dan fasiliti yang dimiliki oleh JDT pada hari ini belum tidak pernah dimiliki oleh kelab-kelab terdahulu yang beliau sertai.

Anda boleh membaca kenyataan lengkap oleh Jordi Amat melalui pautan Twitter yang kami sertakan.

Berapakah Gaji Yang Ditawarkan Untuk Meyakinkan Jordi Amat Ke JDT?

Sebelum ini ramai netizen Indonesia menuntut agar PSSI membatalkan sahaja proses naturalisasi Jordi Amat.

Jordi Amat dianggap hanya akan memanfaatkan pasport Indonesia untuk bermain dengan kelab kaya raya Malaysia itu.

Malah ada di kalangan mereka berpendapat karier Jordi Amat akan merosot jika bermain di Malaysia setelah berpengkalan di Eropah sejak sekian lama.

Sementara itu, JDT masih menunggu kerajaan Indonesia untuk memberikan pasport kepada Jordi Amat.

JDT berkemungkinan mendaftarkann Jordi Amat untuk slot pemain import ASEAN setelah slot pemain Asia telah diisi oleh Shayne Lowry yang berasal dari Australia.

Kongsi artikel ini