Sangsi Dengan Pelan Perancangan SPURS , Antonio Conte Tolak Tawaran

Tottenhan Hotspurs berputih mata setelah jurulatih kelahiran Itali ini menolak tawaran sebagai pengurus tetap mereka. Laporan dari wartawan Fabrizio Romano menyatakan keraguan pelan perancangan kelab , permintaan gaji tinggi dan kakitangan kejurulatihan yang dimahukan oleh Conte menjadi punca perbincangan di antara kedua pihak tamat serta-merta.

Bekas jurulatih Inter Milan yang berjaya membawa gelaran juara Liga Serie A pada musim ini yang secara tiba-tiba melepaskan jawatannya di kelab tersebut merupakan pilihan ke-4  pengurusan kelab Spurs selepas gagal membawa jurulatih yang mempunyai nama besar.

Conte with Inter

Pengurus Itali berusia 51 tahun ini juga sangsi dan tidak bersetuju dengan matlamat lembaga kelab yang mahukan sekurang-kurangnya satu trofi terulung pada musim depan kerana ia agak mustahil untuk mencapai perkara itu berdasarkan prestasi kelab-kelab gergasi Inggeris yang tampak lebih kuat.

Bagaimanapun , Daniel Levy hampir pasti dapat melantik Fabio Patarici sebagai Pengarah Sukan Kelab yang baharu dan akan membantu kelab memburu seorang jurulatih yang mempunyai nama besar untuk Spurs.

Mourinho dipecat pada April yang lalu berikutan prestasi pasukan yang merundum tetapi jurulatih dari Portugal itu telah pun mendapat tawaran baru dari kelab AS Roma untuk melatih kelab itu pada musim depan.

Spurs cuba memancing semula Mauricio Pochettino yang baru membimbing kelab Paris Saint Germany tetapi kelab itu enggan melepaskannya.

Kelab itu mengakhiri musim Liga Perdana Inggeris di tempat ke-7 dan tidak memenangi sebarang kejuaraan walapun pernah memasuki perlawanan akhir Carabao Cup yang dimenangi oleh penyandang juara EPL terbaru , Manchester City.

 

 

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on print
Share on email