Expand To Show Full Article
Sancho Anggap Denda Kerana Gunting Rambut Di Rumah Sebagai "Lawak Sangat Kelakar" - Grandstand Kita

Sancho Anggap Denda Kerana Gunting Rambut Di Rumah Sebagai “Lawak Sangat Kelakar”

Pemain Borussia Dortmund bertanggapan denda kerana menggunting rambut oleh German Football League (DFL) terhadap beliau adalah perkara lawak.

DFL berbuat demikian selepas perkongsian gambar dirinya menggunting rambut di kediamannya tanpa memakai telingkup muka.

Rakan sepasukan Sancho, Manuel Akanji turut dikenakan denda yang sama atas alasan telah melanggar peraturan.

Menurut DFL, kedua-dua pemain jelas sekali telah melanggar peraturan ‘kebersihan dan perlindungan jangkitan’ yang ditetapkan.

Pemain berusia 20 tahun itu bagaimanapun tidak berselindung mengkritik kembali keputusan tersebut, ssebelum memadam ciapan yang dilakukannya di Twitter.

Dortmund pula mempertahankan pemain mereka dan tidak melihat ia sebagai melanggar peraturan Bundesliga berkaitan kesihatan dan keselamatan.

Salun rambut telah dibuka semula di Jerman pada Mei, namun uruan harus dilakukan dengan peraturan yang ketat, termasuk pelanggan dan pendandan wajib menggunakan telikup muka.

Akhbar Jerman, Bild memuatnaik gambar Sancho dan rakan-rakannya di Twitter pada Jumaat lalu,

Sebelum itu Pengrah Sukan Dortmund, Michael Zorg menegaskan enam pemain yang menggunting rambut telah mengikuti garis panduan yang ditetapkan, dan telikup muka hanya dialihkan khusus untuk bergambar sahaja.

Namun DFL tetap dengan tindakan mereka kerana pemain tidak menggunakan peralatan perlindungan diri.

“Buka untuk mempersoalkan hak pemain bola sepak menggunting rambut. Namun buat masa ini ia harus dilakukan mengikuti konsep yang ditetapkan badan kesihatan,” ujar DFL.

 

Kongsi artikel ini