Alexis Sanchez dilaporkan telah mencapai persetujuan untuk kekal bersama Inter Milan. Ia memperkuatkan lagi spekulasi pemain Chile itu akan meninggalkan Manchester United secara kekal pada jendela perpindahan akan datang.
Gazzeta dello Sport melaporkan Sanchez telah mencapai persetujuan secara lisan berkenaan kontrak dan syarat lain, untuk pemain itu bersama Inter sehingga 2023.
Persetujuan tersebut bagaimanapun perlu diluluskan oleh Manchester United dan Ed Woodward yang dipercayai turut terdesak melepaskan pemain itu untuk meringankan struktur bayaran gaji yang ditanggung oleh kelab.
Sanchez dipinjamkan kepada Inter sehingga ke akhir musim ini. Kelab Itali tu sebelum ini dikatakan hanya menanggung £100,000 daripada gaji asal yang berjumlah £400,000 seminggu.
Total agreement reached between Inter and Manchester United on a permanent deal, here we go!
Inter will NOT pay any fee to Man United. He’ll join for free and Inter will take charge of his full wage. Sanchez will earn €7M/season as Inter player. ⚫️🔵 #MUFC #Inter @SkySport
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 3, 2020
Wartawan terkenal, Fabrizio Romano pula berkata Inter tidak akan membayar sesen pun untuk perpindahan Sanchez. Sebaliknya akan menanggung sepenuhnya gaji pemain tersebut.
Inter mahu mengekalkan Sanchez selepas melalui tempoh kempen yang dianggap baik – walaupun mengalami kecederaan sebelum ini.
Sepanjang tempoh kempen musim ini, Sanchez menjaringkan empat gol, dan menghasilkan 9 assist dalam 20 perlawanan. Ia adalah sumbangan yang lebih baik dari pemain itu berbanding tempoh Sanchez di Old Trafford.
Manchester United will save € 60M, which is Alexis Sanchez salary for the two years he had left on his contract.#MUFC 🔴pic.twitter.com/wP8BH51aq3
— Manchester United 🔴 (@ManUnited_ENG__) August 3, 2020
Sanchez turut berganding baik dengan bekas penyerang United, Romelu Lukaku di San Siro.
Untuk meringangkan beban bayaran yuran perpindahan, Inter dijangka akan membayar Man United sebanyak tiga kali untuk nilai £15 juta jika ia melibatkan yuran perpindahan.
A permanent deal has been reached between Inter & Manchester United for Alexis Sanchez. He’ll join Inter for free & earn €7m/season ⚫️🔵
📰 via @FabrizioRomano pic.twitter.com/ha7CyrsGsq
— Italian Football TV (@IFTVofficial) August 3, 2020
Sanchez sudah pun jelas tiada dalam perancangan Ole Gunnar Solksjaer pada musim hadapan dengan adanya pemain penyerang seperti Anthony Martial, Marcus Rashford, dan Mason Greenwood.
Sebelum itu Sanchez hanya mampu menjaringkan tiga gol dari 32 perlawanan untuk Red Devils sebelum memutuskan untuk ke Itali.
Woodward pada mulanya dikatakan meminta £20 juta untuk bekas pemain Arsenal da Barcelona itu. Namun nilai tersebut terpaksa direndahkan kepada £15 juta demi melepaskan pemain tersebut.
Apa-apa pun langkah melepaskan Sanchez membenarkan United jimat £60 juta untuk baki kontrak pemain itu.
United turut dikatakan aktif berunding dengan Dortmund untuk mendapatkan Jadon Sancho, dan pemergian Sanchez pasti akan membantu dari segi kewangan.