Samuel Eto’o Mengalami Kemalangan Jalanraya.

Bekas kapten pasukan bola sepak kebangsaan Cameroon Samuel Eto’o telah terlibat dalam kemalangan jalan raya di negaranya , pagi Ahad lepas.

Wartawan sukan terkenal dan pembantu rapat dengan bintang bola sepak legenda itu , Martin Camus Mimb yang mengesahkan kemalangan itu kepada media dan para peminatnya.

Namun demikian lagenda Barcelona dan Inter Milan itu tidak mengalami kecederaan apa-apa dan beliau telah pun kembali ke rumahnya untuk berehat setelah pergi ke sebuah hospital untuk melakukan pemeriksaan ke atas dirinya.

“Dia (Samuel Eto’o) berada di rumah dan dalam keadaan stabil, tidak ada bahaya yang dilaporkan,” kata Mimb di saluran media sosial rasminya di mana dia menyiarkan foto pemain bola itu, yang di rakam setelah kemalangan itu berlaku.

Kereta Eto’o dilanggar oleh kenderaan pengangkutan awam di jalan Nkongsamba-Douala ketika dia kembali dari beberapa acara di Wilayah Barat negara itu , menurut portal sukan tempatan, kick442.com

Walaupun gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan sebuah kereta yang rosak sebahagiaannya, namun Samuel Eto’o yang berusia 39 tahun itu tidak mengalami kecederaan parah.

Lagenda yang memenangi  ‘African Footballer of the Year’ sebanyak empat kali dalam kariernya ini, merupakan penasihat khas kepada presiden Gabungan Bola Sepak Afrika (Caf), Ahmad Ahmad,

Beliau menggantung butnya pada usia 38 semasa mewakili kelab Qatar SC , Qatar dari bola sepak tahun lalu setelah 22 tahun dalam dunia bola sepak yang penuh kegemilangan.

Kebaikan Samuel Eto’o sangat diingati oleh para peminat bola sepak dunia kerana dikatakan sanggup membayar sebanyak 1.6 juta euro kepada pihak berkuasa Paraguay bagi melepaskan Ronaldinho dan abangnya yang telah ditahan dan dipenjarakan kerana mengunakan passport palsu bagi memasuki ke negara berkenaan.

Kongsi artikel ini