Expand To Show Full Article
Salam Takziah Kepada Syafiq Ahmad , Kami Sentiasa Bersama Anda - Tengku Mahkota Johor - Grandstand Kita

Salam Takziah Kepada Syafiq Ahmad , Kami Sentiasa Bersama Anda – Tengku Mahkota Johor

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim , Tunku Mahkota Johor mengucapkan salam takziah kepada Syafiq Ahmad dan keluarganya atas pemergian ahli keluarga beliau dalam satu kemalangan maut di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) Sungai Bakap yang dekat Nibong Tebal awal pagi sebelum subuh tadi.

Dalam titah yang telah dikeluarkan oleh laman sosial rasmi Johor Southern Tigers , baginda memberikan kata semangat bahawa keluarga JDT sentiasa bersama dengannya dan berdoa semoga roh Allahyarham keluarganya yang maut dicucuri rahmat.

Baginda juga menyeru orang ramai supaya tidak menyebarkan gambar-gambar atau video berkaitan bagi menjaga sensiviti dan perasaan Syafiq sekeluarga.

Dalam kejadian kemalangan itu , kenderaan MPV Toyota Vellfire Syafiq Ahmad 25 tahun dikatakan terbabas lalu melanggar pembahagi jalan sewaktu dalam perjalanan pulang ke Pendang bersama ahli keluarganya.

Syafiq Ahmad kehilangan bayi lelakinya yang baru sahaja berusia 22 hari yang merupakan anak keduanya, emak mertua serta pembantu rumahnya yang tersepit di dalam kenderaan pelbagai guna yang remuk teruk disebabkan impak kemalangan itu.

Keadaan Muhammad Syafiq dan isterinya, Nur Amalina Nur Ain, 25, serta seorang lagi anak perempuannya, Aaira Nur Saffiyya, 2, yang turut terlibat dalam kemalangan itu dilaporkan stabil meskipun mengalami kecederaan.

Syafiq Ahmad adalah seorang pemain muda yang sangat berbakat besar dalam bolasepak negara merupakan penyerang Johor Darul Ta’zim dan juga penyerang kebangsaan Harimau Malaya dibawah pengendali Tan Cheng Hoe

Kongsi artikel ini