Salah & Mane Hukum Kesilapan Fabianski, Liverpool Intai ‘Guard of Honor’ Di Etihad

Liverpool kini semakin hampir untuk menamatkan kemarau kejuaraan Liga Inggeris apabila merekodkan kemenangan dramatik 3-2 ke atas West Ham pada awal pagi tadi.

Kemenangan di Anfield pada awal pagi tadi memberikan kelebihan 22 mata kepada Liverpool ke atas pasukan tangga kedua Manchester City.

Liverpool hanya memerlukan 12 mata dari baki 11 perlawananan sahaja lagi untuk memcatat rekod pemenang paling awal dinobatkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Jumlah tersebut bermakna Liverpool hanya memerlukan empat kemenangan untuk merealisasikan impian, mimpi dan penantian penyokong mereka di seluruh dunia menjadi kenyataan.

Perlawanan Liga Perdana Inggeris berikutnya yang menanti Liverpool ialah menentang Watford (Away), Bournemouth (Home), Everton (Away), dan Crystal Palace (Home).

Kejuaraan boleh disahkan di Anfield dalam perlawanan menentang Crystal Palace pada 22 Mac akan datang.

Ini bermakna kita boleh menjangkakan ‘Guard of Honor’ daripada Manchester City apabila Liverpool bertandang ke rumah juara bertahan di Etihad pada 5 April akan datang.

Liverpool memulakan perlawanan dengan cemerlan dan kelihatan seperti akan mencatat kemenangan rutin.

The Reds berada di hadapan seawal minit ke-9 Georginio Wijnaldum menanduk masuk bola hantaran lintang Trent Alexander-Arnold dari sebelah sisi kanan padang.

Tiga minit selepas itu, West Ham mengikat kedudukan melalui tandukan Issa Diop – hasil sepakan sudut Robert Snodgrass yang menewaskan penjaga gol, Alisson Becker.

Alisson sepatutnya bertindak lebih baik dan mampu menghalang tandukan oleh Diop itu.

Perlawanan selepas itu tururt menyaksikan tandukan pemain pertahanan Belanda, Virgil Van Dijk mengegarkan palang lawan.

Tetapi Anfield kemudiannya tergamam oleh jaringan minit ke-54 pemain gantian, Pablo Fornals untuk West Ham berada di hadapan.

Namun selepas itu, berlaku episod blunder yang tidak sepatutnya berlaku dilakukan oleh penjaga gol West Ham, Lukasz Fabianski.

Kesilapan pertama oleh Fabianski membenarkan skuad kendalian Jurgen Klopp kembali menyamakan kedudukan.

Penjaga gol dari Poland itu gagal menyelamatkan percubaan lemah Mohamed Salah menyaksikan bola menyusup perlahan melalui celah kaki.

Two assists. One marvellous performance. Man of the Match 🆚 West Ham United, Trent Alexander-Arnold 👏👏👏

Posted by Liverpool FC on Monday, 24 February 2020

Kesilapan kedua oleh Fabianski keluar dari posisinya untuk menghalang bola lambung oleh Alexander-Arnold turut mengundang padah apabila hantaran bek sayap Liverpool itu menemui Sadio Mane yang mudah menolak bola ke arah gawang kosong.

Gol oleh Mane itu bermaksud Alexander-Arnold kini berjaya menyamai rekod yang dihasilkan oleh beliau pada musim lalu, iaitu 12 bantuan gol.

Berbaki 11 perlawanan musim ini, Alexander-Arnold pasti mampu memecahkan rekod beliau sendiri untuk menghasilkan assist tertinggi oleh seorang pemain pertahanan di EPL.

Kongsi artikel ini