Saksikan Wenger, Pochettino & Mourinho Kongsi Taktik Lawan Coronavirus

Arsene Wenger, Mauricio Pochettino dan Jose Mourinho adalah antara individu yang berada di dalam video oleh FIFA untuk menerangkan bagaimana untuk melawan penyebaran wabak coronavirus.

Bekas pengurus Arsenal, Wenger kini adalah Ketua Pembangunan Bola Sepak Global bersama FIFA, dan semua orang dikehendaki melakukan lima taktik utama atau disiplin.

Selain Wenger, turut bersama menyampaikan lima taktik tersebut adalah bekas pengurus Tottenham Hotspur Mauricio Pochettino, Ketua Jurulatih skuad Wanita Manchester United Casey Stoney, Ketua Jurulatih Senegal Aliou Cisse, Pengurus Tottenham sekarang Jose Mourinho dan Ketua Jurulatih pasukan wanita Amerika Syarikat, Jill Ellis.

Video itu dilengkapkan oleh Presiden FIFA, Gianni Infantino yang berkata “bersama, kita akan menang perlawanan sukar ini.”.

Ikuti transkrip penuh video tersebut seperti di bawah:

Arsene Wenger: “Kita semua tahu situasi ancaman coronavirus adalah serius dan kita harus meletakkan kesihatan sebagai keutamaan. Di sini ada lima taktik utama untuk berhadapan dengan coronavirus dan saya menasihatkan anda semua untuk mengikuti setiap displin setiap masa dengan lima taktik ini.”

Mauricio Pochettino: “Ia bermula dengan tangan anda. Cuci tangan anda setiap masa, jikalau boleh lakukannya dengan cecair beralkohol.”

Casey Stoney: “Dengan membengkokkan siku, tutup mulut dan hidung ketika bersin atau batuk. Jika menggunakan tisu, buangkan ia selepas ddigunakan.”

Aliou Cisse: “Untuk muka anda, elakkan menyentuh mata, hidung dan mulut. Ini untuk mengelakkan virus memasuki sistem tubuh badan.”

Jose Mourinho: Dari segi interaksi sosial, ambil satu langkah ke belakang. Kekalkan jarak 1 meter minimum dari orang lain yang batuk atau bersin.”

Jill Ellis: “Jika anda rasa tidak sihat, pastikan berada di rumah. Di beberapa negara, pengasingan diri dilakukan juga untuk mereka yang sihat juga. Ikuti nasihat terkini dari jabatan kesihatan negara masing-masing.”

 

Kongsi artikel ini