Expand To Show Full Article
Saksikan Video Pengenalan Danial Amier Pemain JDT Baru Secara Rasmi - Grandstand Kita

Saksikan Video Pengenalan Danial Amier Pemain JDT Baru Secara Rasmi

Kelab Johor Darul Takzim telah memperkenalkan Danial Amier Norhisham sebagai pemain baru JDT bagi tahun 2021 pada hari ini.

Video berdurasi 50 saat yang telah dikongsikan oleh media sosial rasmi Johor Southern Tigers menunjukkan penghormatan dan sambutan yang hebat untuk pemain muda yang berusia 23 tahun daripada kelab juara 7 kali berturut Liga Super Malaysia (MSL) ini.

Danial Amier diperkenalkan secara rasmi oleh DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dalam satu sidang khas di bilik media Stadium Sultan Ibrahim Iskandar Puteri. Turut mengiring baginda dalam majlis berkenaan ialah ketua jurulatih JDT , Benjamin Mora.

Bekas pemain Felda United ini akan memperkuatkan bahagian tengah Johor Darul Takzim bagi saingan semua pertandingan yang disertai oleh kelab dari selatan tanah air ini pada musim 2021.

Danial Amier merupakan prospek pemain muda yang berbakat besar yang bakatnya dicungkil oleh jurulatih berpengalaman B.Satiananthan ketika menjadi pengendai Felda United pada tahun 2017.

Pemain ini menjadi wira skuad Harimau Muda bawah 23 tahun untuk melayakkan Malaysia buat pertama kali ke peringkat suku akhir setelah menewaskan Arab Saudi dalam Kejuaraan AFC B-23 2018 di China.

Pada sukan Sea 2017 Kuala Lumpur , beliau menganggotai skuad Malaysia ketika mendapat pingat Perak selepas tewas dalam perlawanan akhir 1-0 menentang pasukan Thailand.

Danial Amier turut mendapat perhatian oleh pengendali Harimau Malaya , ketua jurulatih Tan Cheng Hoe dan mendapat panggilan pertama bersama skuad senior dalam aksi persahabatan menentang skuad kebangsaan Jordan.

Ketua jurulatih JDT, Benjamin Mora menyifatkan kehadiran Danial Amier bakal memberi impak positif dalam skuad memandangkan pemain itu memiliki mentaliti juara.

“Danial Amier memiliki pengalaman bukan sahaja beraksi bersama Felda United malah dia turut membantu skuad Bawah 23 tahun kebangsaan apabila meraih pingat perak pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

“Soal kualiti tidak menjadi isu, kerana semua pemain dibeli JDT memiliki kelebihan tersebut. Apa yang penting dia perlu menyesuaikan diri dengan sistem dan cara JDT,” katanya.

 

 

 

Kongsi artikel ini