Son Heung-Min menjaringkan gol yang akan dikenang oleh dirinya sampai bila-bila. Ia gol yang dianggap oleh Jose Mourinho sebagai jaringan yang amat menakjubkan.
Mourinho turut menyamakan gol solo Son ketika membantu Tottenham Hotspur menang 5-0 ke atas Burnley dengan gol yang pernah dijaringkan oleh Ronaldo.
🇰🇷 Son Heung Min vs Burnley:
– Goals: 1 (Goal of the season, IMO)
– Assists: 1
– Key passes: 4
– Passing accuracy: 79%
– Accurate crosses: 2/4
– Accurate long balls: 2/3
– Big chance created: 1
– Ground duels won: 6/10Sonaldo is no more. You may call Cristiano as ‘Ron’. #COYS pic.twitter.com/AKFyQUtJ56
— Harry (@EliteYid) December 7, 2019
Dalam perlawanan tersebut, Son menerima bola dari luar kotak penalti, sebelum melakukan larian yang menewaskan hampir keseluruhan pasukan Burnley sebelum menewaskan Nick Pope – untuk jadi bintang perlawanan yang jelas berat sebelah.
Jaringan dan larian tersebut disifatkan oleh bekas penyerang Tottenham, Gary Lineker sebagai ‘Goal of the season’. Mourinho pula melihat persamaan gol tersebut dengan jaringan yang pernah dilakukan oleh bintang Barcelona, Ronaldo dalam perlawanan menentang Compostela pada 1996.
#Mourinho describes #SonHeungMin as Son-Aldo-Nazario
( Son & #Ronaldo Nazario )Watch #TOTBUR FT highlights here: https://t.co/pmdULspfhE pic.twitter.com/XkvIYflCqY
— Stadium Astro (@stadiumastro) December 7, 2019
Mourinho adalah pembantu pengurus kepada Bobby Robson di kelab Catalan tersebut pada ketika itu. Malah beliau menganggap Ronaldo sebagai pemain terbaik yang pernah beliau saksikan selepas menyaksikan jaringan oleh Ronaldo itu pada 1996.
Pengurus Tottenham itu berkata Son kini sudah memiliki nama gelaran baharu.
“Ia gol yang sangat hebat. Walaupun sebelum jaringan tersebut, anak lelaku saya menggelar beliau sebagai ‘Sonaldo’ semepena Ronaldo Luis Nazario,” ujar Mourinho dalam sidang media selepas perlawanan.
Saksikan jaringan SONALDO seperti di bawah.
Man like #Sonaldo
Not seen a goal like this in a while … Ben Arfa, Thierry Henry esque
Pace, Agility, Power and Composure #sonheungmin 🔥💯⚽️pic.twitter.com/MAMHGb5Ui1
— Joe Thompson (@JJL_Thompson) December 7, 2019