Saksikan Kompilasi Tackle ‘Masterclass’ Il Capitano Paolo Maldini Hiasi 26 Tahun Karier

Paulo Maldini tampil dalam 902 perlawanan, memiliki 126 kaps bersama Itali, memenangi 26 trofi sepanjang tempoh 25 musim. Sukar mencari pemain lain yang mampu nenyamai pencapaian ini.

Kini berusia 51 tahun, Maldini yang digelar IlCapitano mengumumkan persaraan selepas beraksi selama 26 musim untuk AC Milan, dimana beliau menampilkan seni bertahan luar biasa dan asli.

Maldini adalah sejarah AC Milan itu sendiri, sehinggakan kelab turut mengambil keputusan untuk meletakkan jersi No.3 yang sinonim dengan pemain itu ke alam persaraan – sebagai penghormatan.

Maldini hanyalah salah seorang daripada 18 pemain di dunia yang pernah tampil dalam lebih 1000 perlawanan kompetitif.

Sepanjang kariernya, Maldini memenangi lima kejuaraan Champions League, tujuh kejuaraan Serie A, satu Copa Italia, lima Supercoppa Italiana, lima Super Cup Eropah, dua Piala Intercontinental dan satu kejuaraan Piala Dunia.

Malah bekas kelabnya Milan berada di kedudukan terbaik ketika Maldini di San Siro.

Beliau adalah pemain paling tua yang menjadi kapten dan  melakukan penampilan di Champions League pada usia 37 tahun.

Tanyakan saja kepada Franco Baresi. Bekas pemain pertahanan Itali ini adalah mimpi buruk buat mana-mana pemain penyerang, tetapi adalah impian kepada mana-mana gandingan di bahagian pertahanan.

Baresi dan Maldini adalah sebahagian daripada skuad terkenal Milan yang tidak tewas dalam 58 perlawanan dari 1991 sehingga 1993, meliputi keseluruhan musim 1991/92.

Mereka bergandingan dalam 196 perlawanan dan melepaskan hanya 23 gol ketika beraksi bersama. Ia bersamaan dengan purata 1 gol untuk setiap 8.5 perlawanan.

Ini hanya menjelaskan kualiti ‘masterclass’ bahagian pertahanan yang pernah ditampilkan oleh kedua-dua pemain.

Untuk meraikan legasi oleh Maldini, kita saksikan kembali aksi beliau ketika zaman kegemilangan bersama AC Milan.

Beraksi bersama pemain lain yang turut dianggap legenda di Milan seperti Baresu, Seedorf, Romario dan Filippo Inzaghi, kompilasi ini menampilkan tackle terbaik pernah dilakukan Maldini.

 

Kongsi artikel ini