Ruben Neves telah menjaringkan satu jaringan gol menakjubkan yang boleh dianggap sebagai calon pemenang ‘Goal of the season’ di pertandingan Liga Europa pada musim ini.
Gol tersebut dihasilkan dengan teknik yang amat baik, dihasilkan dengan rembatan voli kaki kanan yang deras dari jarak kira-kira 30 meter.
Wolverhampton Wanderes mengalu-alukan kedatangan Espanyol ke Stadium Molineux untuk perlawanan pertama peringkat 32 pasukan terbaik Liga Europa.
RUBEN. NEVES. pic.twitter.com/KydHMdFJR2
— WolvesTurkey_Video (@WolvesturkeyV) February 20, 2020
Diogo Jota terlebih dahulu memberikan kelebihan kepada Wolves pada babak pertama perlawanan, sebelum Neves mempamerkan kebolehan luar biasa dengan jaringan dari luar kotak penalti itu.
Jaringan tersebut bermula dari hantaran lintang pemain yang sedang meningkat naik, Adama Traore dari bahagian kanan serangan.
Pemain pertahanan Espanyol gagal mengeluarkan bola hantaran Traore sepenuhnya, untuk membenarkan Neves menghidu ruang sebelum melepaskan percubaan.
Oooooh la la ❤❤❤ #wwfc
Ruben Neves take a bow son.
🔝🗑s pic.twitter.com/Dsaxl25xwN
— FluffSport (@FluffSport) February 20, 2020
Gol ketiga perlawanan pula dihasilkan oleh Jota dengan penyudah meyakinkan selepas menerima lorongan oleh Matt Doherty untuk gol ketiga Wolves dalam perlawanan ini.
Pemain berusia 22 tahun dari Portugal itu terlebih dahulu mendada bola sebelum melakukan voli yang langsung menewaskan Andres Prieto.
Jota melengkapkan hatrik beliau di eropah pada minit ke-81 perlawanan.
Bagi yang mengikuti rapat perkembangan Ruben Neves, jaringan tersebut bukan perkara yang asing lagi.
Ruben Neves sebenarnya digelar sebagai seorang ‘sharp shooter’ kerana kebolehannya menjaringkan gol dari jarak jauh untuk Wolves di saingan Liga Perdana Inggeris.
Dalam 3881 minit aksi sehingga November 2019 misalnya, Neves sudah pun menghasilkan 6 gol dari luar kotak penalti.