Erling Haaland menjaringkan dua gol untuk membantu Borussia Dortmund menewaskan PSG pada awal pagi tadi.
Dua gol tersebut tiba selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa sebarang jaringan pada babak pertama perlawanan.
Gol pertama Halland memberikan Dortmund pendahuluan diperlukan, apabila menyungkit bola ke atas jaring lawan dari jarak dekat pada minit ke-69 perlawanan.
Jaringan di Signal Iduna Park itu menjadikan jumlah keseleuruhan Haaland di Champions League kepada 9 gol pada musim ini.
Neymar kemudiannya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-75 perlawanan selepas gerakan bijak Kylian Mbappe dari sebelah kanan serangan berjaya melepasi beberapa pemain pertahanan lawan Dortmund.
Tidak lama selepas itu, Haaland kembali mengembalikan kelebihan kepada Dortmund.
Selepas memperolehi bola dari luar kawasan kotak penalti, pemain dari Norway ini melepaska rembatan kaki kiri yang menghasilkan bola deras ‘thunderbolt’ – langsung tidak memberikan peluang kepada Keylor Navas.
Erling Haaland almost broke the net against PSG. This kid is a beast. 🔥🔥🔥 pic.twitter.com/RNuq3mX3XE
— Premier League Stuff (@EPLStuff) February 18, 2020
Jaringan tersebut menjadi tular dan ramai memuji prestasi pemain muda berusia 19 tahun ini.
Ia juga gol ke-10 Haaland dalam pertandingan kali ini, dan membuatkan beliau sebagai pemain remaha pertama menjaringkan gol untuk dua kelab berbeza dalam tempoh semusim.
Belum ada pemain lain yang memperolehi 10 jaringan di Champions League sepantas Haaland. Ia juga adalah jaringan ke-11 dari tujuh perlawanan pertama yang dilalui oleh Haaland bersama Dortmund.
Haaland kini telah menjaringkan gol dalam setiap penampilan pertama bersama Dortmund di semua pertandingan – DFB-Pokal, Bundesliga, dan Champions League.
Jika penilaian lanjut dilakukan, Haaland kini turut menghasilkan lebih banyak gol daripada apa yang dihasilkan oleh keseluruhan pasukan Barcelona apda musim ini.
Pemain berusia 19 tahun ini kini menjaringkan satu gol untuk setiap 50 mini aksi dan terus membuktikan mengapa kelab-kelab besar seluruh eropah mahukan beliau.