Saksikan Gol Magnificient Oleh Ighalo Bantu Man Utd Belasah LASK

Gol Odion Ighalo dalam perlawanan menentang LASK pagi tadi mungkin merupakan gol tercantik yang beliau hasilkan untuk kelab Manchester United setakat ini.

Gol jaringan penyerang dari Nigeria itu memberikan pendahuluan 1-0 kepada United, sebelum skuad kendalian Ole Gunnar Solksjaer menyudahkan perlawanan dengan jaringan 5-0.

Cara gol itu dihasilkan juga amat menarik. Bermula dengan hantaran outside of the boot oleh Bruno Fernandes, bola kemudiannya dikawal dengan baik oleh Ighalo.

Penyerang berusia 30 tahun itu sempat menimang bola seketika sebelum melepaskan rembatan kaki kiri deras yang langsung tidak memberikan peluang kepada penjaga gol.

Reaksi Ole Gunnar Solksjaer di tepi padang cukup menceritakan bagaimana kagumnya pengendali dari Norway itu akan gol tersebut.

Gol tersebut turut bermakna Ighalo kini telah menjaringkan empat gol dari tiga permulaan bersama United setakat ini.

Jika ada yang kurang mengenai jaringan tersebut ia adalah kerana ketiadaan penyokong untuk meraikannya bersama.

Ighalo kemudiannya turut menghasilkan satu bantuan gol untuk Daniel James, sambil satu lagi percubaan penyeran tersebut sekadar menggegarkan tiang.

Lorongan daripada Fred kemudiannya membenarkan Mata menjaringkan gol ketiga, tatkala pemain gantian Mason Greenwood dan Andreas Pereira menjadikan kemenangan United dengan jaringan besar.

 

Kongsi artikel ini