Saksikan Footage Ronaldinho Berfutsal Di Penjara Paraguay

Rakaman video atau footage menunjukkan Ronaldinho bermain futsal dalam kejohanan anjuran penjara di Paraguay mulai tular di media sosial.

Pemain bola sepak legenda Brazil ini nyata meru[akan bintang utama bersama pasukannya di penjara.

Dalam aksi pertandingan futsal penjara yang bertempat di Agrupacion Especializada, Asunción, Paraguay, pasukan beliau menang 11-2 dalam perlawanan pertama.

Ronaldinho sendiri menyumbat lima gol. Pada mulanya peraturan tidak membenarkan Ronaldinho menjaringkan gol, sebelum pertaturan itu diubah kembali.

Beliau turut menghasilkan 6 assist dalam perlawanan tersebut.

Ronaldinho telah ditahan di Paraguay atas kesalahan menggunakan pasport palsu untuk memasuki Paraguay.

Turut ditahan untuk soal siasat adalah saudara kandung Ronaldinho, iaitu Roberto pada Rabu lalu.

Ronaldinho pada mulanya dikatakan agak kecewa kerana dipenjara. Permohonan untuk dijadikan tahanan rumah turut ditolak oleh mahkamah Paraguay.

Namun belau juga dilihat cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran barunya ini.

Turut tersebar adalah gambar Ronaldinho menandatangani autograf untuk banduan lain, dan juga gambar bintang Barcelona itu menikmati beer bersama teman baharunya di sana.

 

Kongsi artikel ini