Saksikan Detik-Detik Penting Red Devils Mengesahkan Bandar Manchester Itu Warnanya Merah

Ederson menghasilkan dua kesilapan ketika Man Utd menewaskan Man City 2-0 di Old Trafford.

Penjaga gol Brazil itu membenarkan rembatan Anthony Martial lolos dari dakapan pada babak pertama perlawanan untuk jaringan pertama United.

Selepas itu Ederson membenarkan Scott McTominay menjadikan kedudukan 2-0 pada babak akhir perlawanan.

Ia adalah perlawanan yan mengecewakan buat anak buah Pep Guardiola dengan kejuaraan EPL semakin jelas gagal dipertahankan.

Liverpool kini memiliki kelebihan 25 mata di kedudukan teratas, dan hanya keajaiban mampu menafikan mereka menamatkan kemarau 30 tahun kejuaraan Liga Inggeris musim ini.

Guardiola menekankan Ederson akan kembali lebih kuat selepas permainan mengecewakan dalam derbi ini, tetapi ia jelas pengalaman yang akan mengambil masa beberapa hari untuk dilupakan.

Kesilapan pertama Ederson membenarkan Martial meletakkan United di hadapan pada separuh masa pertama.

Tatkala perlawanan berbaki beberapa saat, balingannya menuju McTominay dan bukan rakan sepasukan seperti yang sepatutnya untuk dihukum oleh pemain muda itu.

Skuad Ole Gunnar Solksjaer sepatutnya dipertimbangkan penalti selepas Fred dijatuhkan oleh Nicholas Otamendi pada lewat babak pertama.

Namun dalam satu lagi kontroversi VAR, ianya Fred yang dilayangkan kad kuning dalam situasi tersebut.

VAR terus menjadi perhatian pada hari ini apabila jaringan penyamaan Sergio Aguero dibatalkan kerana offside.

Semakan memperlihatkan ianya sukar untuk menentukan pemain Argentina itu benar-brnar offside.

Musim ini United mewarnakan bandar Manchester dengan warna merah selepas menewaskan seteru setempat City sebanyak dua kali di saingan Premier League.

Dan Liverpool kini hanya menunggu masa terbaik untuk dinobatkan selaku juara Premier League.

 

Kongsi artikel ini