Saksikan Aksi Ball Playing-Keeper Dari Ajax Meneutralkan High Pressing Lawan

Dalam bola sepak, seseorang pemain akan dibezakan dengan gaya permainan. Pembahagian ini terbahagi kepada dua iaitu terhad, dan juga ball-playing.

Ia merujuk kepada jenis pemain ataupun tipikal corak permainan seorang pemain secara langsung

Sebelum kita pergi lebih jauh, ayuh kita lihat kepada difinisi setiap jenis permainan.

Definisi dan istilah penting

Ayuh kita fahami dua istilah ini terlebih dahulu.

1. Terhad (limited) – Tidak selesa apabila bola di kaki, dan cenderung lebih langsung (direct) di dalam permainan.
2. Ball-playing – Pemain yang selesa dengan bola di kaki. Pemain kebiasaan akan mampu melakukan footwork.

Dalam 2 perkara di atas ini, ianya biasa diberikan label kepada unit pertahanan. Dalam bola sepak, pemain pertahanan diberikan kelonggaran untuk tidak semestinya ball-playing.

Paolo Maldini sendiri berpendapat pemain pertahanan moden pada hari ini  telah hilang karakter apabila terlalu ramai jurulatih yang mahukan tipikal ball-playing defender di dalam pasukan mereka.

Selain pemain pertahanan, istilah permainan ball playing turut boleh digunapakai kepada penjaga gol.

Sejarah Ball playing-keeper

Secara logik seseorang penjaga gol bukan pemain aktif dalam gerakan di dalam padang. Dalam erti kata lain mereka bukan outfield player yang berlegar bebas di atas padang.

Jadi, pada dasarnya kesemua penjaga gol pada asasnya mempunyai corak permainan yang terhad. Sejauh mana pula dakwaan ini?

Di dalam bola sepak moden ramai penjaga gol yang boleh mengawal dengan baik bola di kaki mereka.

Sebelum ini muncul nama-nama seperti Rene Higuita, Jose Luiz Chillavert, dan Rogerio Cerni yang sangat selesa dengan bola di kaki. Anda pasti ingat aksi Higuita berhadapan dengan Roger Milla pada Piala Dunia 1990.

Mereka diberikan kebebasan oleh jurulatih untuk memanfaatkan kemampuan mereka. Maka mulalah mereka digelar sebagai ball-playing keeper.

Ini bermakna ball playing-keeper bukan istilah baharu yang wujud pada hari ini. Penjaga gol baka ini sudah ada sejak lama dahulu.

Contoh dekat yang boleh kita lihat (kerana kebanyakkan kita mengikuti Liga Perdana Inggeris) ialah penjaga gol seperti penjaga gol Manchester City, Ederson.

Ederson adalah penjaga gol jenis ball-playing. Guardiola mahukan beliau kerana kegagalan Bravo untuk menyerlah sebelum itu. Ederson asalnya adalah seorang pemain penyerang. Maka tidak hairanlah beliau selesa dengan bola di kaki.

Mereka boleh menggelecek dan mengawal bola seperti outfield player ketika ada tekanan dari pihak lawan, selain melakukan hantaran yang membunuh untuk membantu serangan.

Kerana visi yang dimiliki oleh mereka, penjaga gol sebegini boleh menghidu ruang dan melakukan hantaran jauh dari sepak mula dari kawasan penalti mereka.

Selain Ederson, Alisson Becker juga merupakan salah seorang ball playing-keeper terbaik dunia yang boleh kita saksikan pada hari ini.

Selain daripada selesa dengan bola di kaki, seorang ball playing-keeper akan memberi kelebihan kepada sesebuah pasukan ketika bertahan.

Falsafah di Ajax

Saksikan bagaimana penjaga gol Ajax, Andrey Onana membantu pasukannya meneutralkan high pressing dari pasukan lawan dengan kebolehannya.

Keberadaan Onana memberikan kelebihan dari segi numerical di bahagian pertahanan. Kebolehannya melakukan hantaran pula membantu pasukan untuk memulakan gerakan dari bawah.

Ajax pada musim ini mungkin tidak menyerlah seperti mana pada musim lalu. Namun mereka tetap bermain dengan falsafah bola sepak yang sama.

Corak permainan sebegini turut mengingatkan kita kepada kata-kata yang pernah diungkap oleh mendiang Johan Cruyff satu masa dahulu.

 “In my teams, the goalie is the first attacker, and the striker the first defender.’ – Johan Cruyff

 

 

 

Kongsi artikel ini