Tewas 1-0 kepada JDT di Stadium Sultan Ibrahim pada perlawanan pertama minggu lalu, Kedah masih gagal memburu mata pertama mereka pada musim ini, apabila ditewaskan Terengganu FC 4-3 di Stadium Darul Aman pada malam tadi.
Skuad kendalian Aidil Sharin Sahak dicanang selaku pasukan yang paling mampu mencabar JDT pada musim ini berasaskan pencapaian pada musim lalu.
Namun jika rekod saingan Liga Super pada dua musim sebelumnya diambil kira, harapan Kedah untuk muncul juara MSL 2020 bolehlah dianggap terkubur.
Untuk rekod, JDT hanya tewas satu perlawanan sahaja pada setiap dua musim lalu untuk bergelar juara.
Perlawanan menentang Terengganu pada malam tadi adalah yang pertama pada musim ini di Stadium Darul Aman, dan menarik perhatian tidak kurang 10,000 penyokong untuk hadir.
Kedah terlebih dahulu dikejutkan dengan jaringan seawal minit ke-2 perlawanan oleh Dominique Da Sylva yang melakukan tandukan berpunca dari sepakan sudut oleh Lee Tuck.
Kedah kemudiannya cuba bangkit dengan dua percubaan bahaya oleh Kpah Sherman dan Baddrol Bakhtiar, namun penjaga gawang TFC Rahadi Azli Ramalim berjaya menggagalkan gerakan Kedah.
19' | GOL RENAN ALVES!@official_kfa 1-1 @FCTerengganu #CIMBLigaSuper2020#KEDTER#MFLLive pic.twitter.com/l2NIqooBrM
— MFL LIVE (@MFL_Live) March 7, 2020
Penyokong setia Kedah akhirnya diceriakan dengan gol pertama pada minit ke-19 perlawanan hasil jaringan Renan Alves.
Gol tersebut berpunca daripada sepakan percuma oleh Hadin Azman yang gagal ditangkap kemas penjaga gawang TFC sebelum disambar oleh pemain pertahanan import itu.
22' | GOL KPAH SHERMAN!@official_kfa 2-1 @FCTerengganu #CIMBLigaSuper2020#KEDTER#MFLLive pic.twitter.com/LlnAjYCvTK
— MFL LIVE (@MFL_Live) March 7, 2020
Hanya dua minit selepas itu, Stadium Darul Aman kembali gamat apabila penyerang sensasi Kedah Kpah Sherman berjaya memenangi selepas menerima hantaran pemain pertahanan Rizal Ghazali, sebelum merembat bola menewaskan Rahadi Azli.
Terengganu FC melalui Faris Ramli dan Da Sylva giat memburu gol penyamaan, namun kedudukan 2-1 kekal sehingga tamat babak pertama.
61' | GOL KIPRE!
Tchetche Kipre menggandakan kelebihan @official_kfa di Alor Setar.#CIMBLigaSuper2020 #KEDTER#MFLLive pic.twitter.com/P1Ut3cjrCn
— MFL LIVE (@MFL_Live) March 7, 2020
Bermula babak kedua, Kedah menambah gol ketiga menerusi Kipre Tchetche pada minit ke-61 hasil lorongan Shakir Hamzah.
Ntah di mana silapnya, Kedah gagal mempertahankan kedudukan selesa 3-1 itu apabila Da Sylva kemudiannya meledakkan tiga gol.
64' | GOL DOMINIQUE DA SYLVA!@official_kfa 3-2 @FCTerengganu #CIMBLigaSuper2020 #KEDTER#MFLLive pic.twitter.com/tKmgbXjkJL
— MFL LIVE (@MFL_Live) March 7, 2020
Tidak berapa lama selepas jaringan Kipre, Da Sylva memanfaatkan peluang hasil dari sepakan sudut untuk menewaskan Mohd Ifwat di hadapan gawang.
Pada kedudukan 3-2, Terengganu sedar mereka mampu membawa balik mata dari kunjungan mereka ke Darul Aman.
81' | GOL DA SYLVA!
Jaringan hatrik dari Dominique Da Sylva.@official_kfa 3-3 @FCTerengganu #CIMBLigaSuper2020 #KEDTER#MFLLive pic.twitter.com/7rpC8HMnna
— MFL LIVE (@MFL_Live) March 7, 2020
Terengganu kemudiannya kembali mengatur asakan dan Ifwat Akmal tewas buat kali ketiga untuk Terengganu mengikat kedudukan hasil jaringan mudah dan hatrik Dominique da Sylva, yang membuat satu lambungan untuk menewaskannya pada minit ke-81 perlawanan.
Tiga minit kemudian, Da Sylva sekali lagi menjadi duri dalam daging buat Aidil Sharin dan barisan anak buahnya menjaringkan gol ke-4 buat Terengganu FC.
84' | GOL DA SYLVA!
Dominique Da Sylva menjaringkan gol ke-4 untuk @FCTerengganu @official_kfa 3-4 @FCTerengganu #CIMBLigaSuper2020 #KEDTER#MFLLive pic.twitter.com/PFG0WIFbGF
— MFL LIVE (@MFL_Live) March 7, 2020
Jaringan tersebut dihasilkannya selepas menerima umpanan cantik Sanjar Shaakhmedov di minit ke-84 untuk akhirnya Sang Penyu kembali mendahului perlawanan selepas ketinggalan agak sekian lama.
Selepas pendahuluan tersebut, ia sudah terlewat untuk Kedah, dan Sang Penyu membawa pulang tiga mata dari Darul Aman.