Saingan Liga Juara Juara Eropah (UCL) : Messi Buktikan Dirinya Masih Tajam Menjaringkan Gol

Lionel Messi seperti menunggu masa yang sesuai untuk menjaringkan gol pertama untuk kelab baharunya Paris Saint Germany (PSG) ketika menewaskan Manchester City dalam peringkat kumpulan A ,  Liga Juara Juara Eropah (UCL) awal pagi tadi.

Perlawanan yang diadakan di Parc Des Princess menyaksikan anak buah Pep Guardiola yang juga bekas pengurus kepada Messi ketika melatih Barcelona tewas 2-0 dan kini PSG berada tangga pertama selepas mencatatkan satu kemenangan dan satu keputusan seri.

Messi yang datang ke kelab terkaya Perancis dua bulan lalu menjaringkan gol dihadapan penyokongnya pada minit ke 74 setelah mendapat umpanan daripada Kylie Mbappe dengan satu sepakan lencong yang biasa dilakukan oleh Messi menewaskan penjaga gol City , Moraes yang tercegat sahaja melihat bola itu mencecah jaring gawangnya itu.

Jaringan Messi itu sekaligus menyamai rekod jaringan Karim Benzema dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah (UCL) yang ke 17 berturut-turut buat dirinya juga.

Messi telah berada dalam kesebelasan utama skuad Poccetinho buat kali ke empat dan ini sudah pasti menggembirakan beliau untuk mendapatkan gol pertamanya.

“Memang benar saya semakin terdesak untuk mendapatkan gol pertama.” kata Messi yang telah menamatkan karier gemilangnya di Barcelona dengan 672 gol dalam 778 penampilan.

“Saya mahukannya. Saya tidak banyak bermain. Hanya ada satu perlawanan di sini. Saya sedang menyesuaikan diri dengan kelab dan rakan sepasukan baru. Yang penting kita mesti menang dan teruskan kejayaan lain pula.

Dalam perlawanan itu juga menyaksikan situasi menarik yang dilakukan oleh pemenang enam kali Ballon d’Or kerana berbaring di belakang barisan pemain yang sedang membuat benteng ketika Manchester City mendapat sepakan percuma.

Hal ini menyebabkan Neymar terkejut di atas tindakan rakannya itu tetapi dia seperti tidak kisah apa yang telah terjadi dan seolah-olah memberikan arahan kepada Messi untuk berada di posisi yang tepat.

Tetapi bekas pertahanan Manchester United Rio Ferdinand tidak berpuas hati tindakan pemain PSG tersebut. Beliau berkata seseorang patut tampil untuk berkata ‘tidak’ kepada Mauricio Pochettinho ketika meminta Messi melakukannya di padang latihan.

“Anda tidak boleh lakukan begitu. Ia tidak menghormatinya, saya pasti tidak akan melakukannya. Jika saya berada dalam pasukan, saya akan kata ‘biar saya berbaring untuk anda’.

“Saya tidak sanggup melihat dia berbaring begitu. Saya tidak mampu melihatnya. Jersinya tidak patut kotor (dengan cara itu). Itu bukan tugas Messi.” katanya.

 

Kongsi artikel ini