Safiq Rahim Puas Hati Penjelasan MUSA Isu Tunggakan Dan Potongan Gaji

Kapten pasukan Melaka, Safiq Rahim tidak mempunyai masalah dengan tunggakan gaji pemain pasukan tersebut setelah mendapat penjelasan terus dari Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) sendiri mengenao isu itu.

Melalui laporan oleh Arena Metro, ini kerana barisan pemain faham akan perubahan kepimponan di dalam MUSA, dan berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan berkenaan tunggakan selama dua bulan, dalam satu perjumpaan di Wisma MUSA semalam.

Barisan pemain juga dilaporkan bersetuju mengenai pemotongan gaji yang akan dilakukan mulai April untuk meringankan beban kewangan persatuan berikutan penangguhan liga akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Bagaimanapun, pemotongan berkenaan bukan membabitkan dua bulan tunggakan iaitu Februari dan Mac yang dipersetujui pengurusan pasukan,” jelas Safiq kepada Arena Metro.

“Potongan dijadualkan bermula pada gaji April yang dipersetujui namun jumlah peratus potongan belum di putuskan setakat ini.” k

Beliau juga nyata berpuas hati dengan komitmen presiden dan pengurusan dan bersama-sama rakan sepasukan yang lain akan menyokong penuh kesudian Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md Ali menerajui kepimpinan persatuan kira-kira dua minggu lalu.

Pertemuan tersebut disifatkan oleh Timbalan Presiden Musa, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi sebagai positif dan harmoni.

11 pemain termasuk Ketua Jurulatih, Zainal Abidin Hassan menghadiri perjumpaan sesi pertama ini.

Baki pemain termasuk barisan pemain import akan turut hadir ke pertemuan sama dijadualkan pada hari ini.

Yusoff juga berkata tunggakan sebulan gaji dijangka akan dijelaskan pada minggu hadapan.

 

Kongsi artikel ini