Safiq Rahim Kini Bergelar Tauke Nasi Ambeng

Pernah tak anda terfikir masakan air tangan seorang legenda bola sepak negara.

Jika pernah, maka kini anda berpeluang berbuat demikian.

Impian anda itu akan menjadi kenyataan kerana bekas kapten pasukan negara, Safiq Rahim kini menyediakan juadah Nasi Ambeng untuk dijual di sekitar Lembah Kelang.

Selain Nasi Ambeng, Safiq melalui dapurnya @terer8kitchen turut menampilkan beberapa menu seperti bahulu kemboja, sambal bilis, dan juga rendang daging.

Setiap makanan yang dipesan akan dihantar secara ‘cash on delivery’.

Menurut Safiq, projek penghantaran makanan tersebut dijalankan oleh beliau bersama adik dan isterinya.

Melalui satu muat naik di Instagram peribadi, Safiq turut dilihat menyediakan sendiri Nasi Ambeng yang akan dihantar kepada pelanggan.

Kapten pasukan Melaka itu mendirikan rumah tangga dengan bekas pemain bowling negara, Zandra Aziela pada 2014.

Pasangan tersebut kini dikurniakan tiga cahaya mata lelaki, termasuk yang baru dilahirkan pada Mac lalu.

Safiq, kini berusia 32 tahun turut pernah beraksi dengan Selangor sebelum berhijrah ke JDT pada 2013, dan dianggap sebagai seorang pemain paling berjaya di dalam sejarah bola sepak negara.

OKay, tunggu apa lagi. Nak rasa juada Nasi Ambeng oleh Safiq Rahim, hubungi segera 0132421129! Stay at home, Stay safe!!!

 

 

Kongsi artikel ini