Safee Sali Tembak Balik Malek Rahman Perlekeh PFAM

Safee Sali tidak bersembunyi mengkritik kembali bekas pemain Selangor dan pasukan kebangsaan, Malek Rahman yang seolah-olah mempersoalkan peranan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) dalam membantu pemain Liga Malaysia yang mengalami masalah tunggakan gaji.

Ia susulan satu muat naik oleh Malek Rahman di laman Facebook beliau yang berbunyi: “PFAM DAH TAK WUJUD KE ? Banyak team tak bayar gaji lagi ni … 🤭🤭😴😴 Tanya je … dulu aku dah cakap korang tak nak dengar.”

PFAM DAH TAK WUJUD KE ? Banyak team tak bayar gaji lagi ni … 🤭🤭😴😴 … dulu aku dah cakap korang tak nak dengar

Posted by Malek Rahman on Thursday, August 6, 2020

Kenyataan tersebut seolah-olah membayangkan PFAM hanya goyang kaki dan tidak mengambil apa-apa tindakan.

Kenyataan daripada Malek Rahman itu bagaimanapun dijawab oleh Safee Sali yang juga merupakan Presiden PFAM melalui laman Instagram beliau.

“Sila bercakap kepada diri sendiri,” ujar Safee Sali di laman Instagram peribadi beliau.

“Sebelum buat apa2 pikir dulu der.. Kalau tidak faham cuba bertanya.. Jangan nak berlagak pandai dan buat2 pandai.. Sebelum ni apa zaman you all buat kat pemain2 yg ada???? Sekadar bertanya.. Sila bagi pencerahan.. Berani kerana benar 🤔🙄🤨😵.”

Masalah pembayaran gaji oleh pasukan kepada pemain di kalangan pasukan Liga Malaysia bukanlah perkara baharu.

Malah isu tunggakan gaji ini ibarat skrip yang berulang saban tahun.

Siaran Media: Kelantan Dipotong Tiga Mata Liga Premier 2020Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini ingin…

Posted by Football Association of Malaysia on Monday, August 3, 2020

Namun demikian PFAM hanya boleh mengambil tindakan melakukan tuntutan kepada persatuan dan kelab untuk melakukan pembayaran sekiranya menerima laporan oleh pemain – termasuk melakukan tuntutan secara perundangan berdasrkan proses dan tatacara yang dipersetujui.

Bagaimanapun PFAM hanya boleh bersuara bagi pemain yang berada di bawah naungan badan itu yang turut diiktiraf oleh FIFPRO.

Tindakan terhadap persatuan dan kelab pula adalah di bawah jurifikasi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai badan induk bola sepak negara, dan Malaysian Football League (MFL) selaku penganjur pertandingan.

Antara tindakan yang boleh dilakukan oleh FAM ialah untuk tidak memberikan lesen kebangsaan sekaligus tidak membenarkan pasukan yang mempunyai masalah tunggakan gaji terhadap pemain terlibat dengan pertandingan pada musim akan datang.

Kedah, Melaka, Kelantan, adalah antara pasukan yang berhadapan dengan masalah kewangan meruncing pada ketika ini.

Kongsi artikel ini