Safee Sali Menang Mazda CX5 Hole In-One Kejohanan Golf Trofi Mazda 2022

Pemegang rekod penjaring terbanyak Kejohanan Piala Konfederasi ASEAN (AFF) , Safee Sali menerima durian runtuh sebuah kereta SUV setelah berjaya membuat pukulan hole in-one di Kejohanan Golf Trofi Mazda 2022 pada semalam.

Bekas pemain Johor Darul Ta’zim , Selangor dan beberapa kelab bolasepak sebelum ini merupakan atlet yang aktif dalam sukan golf dan merupakan ahli Glenmarie Golf & Country Club (GGCC).

Selain menerima hadiah kereta , Safee Sali juga membawa pulang hadiah berupa set besi tempa Mizuno JPX921 , kredit bernilai RM 2000 bagi F&B dan hadiah lain atas pencapaiannya memenangi kategori BMedal dalam kejohanan itu.

‘Pengalaman saya rasa masa tournament itu memang saya rasa somethinglah. Sebelum pukul rasa macam something ada benda nak jadikan. Tak tau plak bola tu masukkan.’ cerita Safee Sali pengalamannya bertanding dalam kejohanan golf itu.

‘So memang sebelum pukul tu saya setup dan dan ini betul-betul nak jadi tu. Dan bila terjadi saya memang bersoraklah. Memang belakang pun ada orang dan bersorak seperti menjaringkan gol.’ katanya lagi.

Kejohanan yang berlangsung dengan penyertaan seramai 132 ahli kelab yang mengambil bahagian itu menjanjikan tawaran sebuah kereta Mazda CX-5 sebagai hadiah kepada peserta yang melakukan hole-in-one dan ia tuah badan kepada bekas penyerang kebangsaan itu.

Kejohanan Golf Trofi Mazda 2022 kembali dianjurkan semula oleh Bermaz Motor Trading Sdn Bhd dengan kerjasama Berjaya Sompo Insurance Berhad di Glenmarie Golf & Country Club (GGCC) selepas tujuh tahun berehat tanpa sebarang pertandingan berkenaan.

Sumber berita : Utusan

Kongsi artikel ini