Penyerang PJ City FC, Safee Sali masih dahagakan aksi bersama skuad Harimau Malaya dan berharap namanya akan disenaraikan oleh pengendali pasukan negara, Tan Cheng Hoe untuk kem latihan seterusnya.
Safee kini berusia 36 tahun adalah bintang pasukan negara di Piala AFF Suzuki 2010 apabila muncul penjaring terbanyak kejohanan dengan lima gol.
Pasukan negara di bawah kendalian Datuk K. Rajagopal muncul juara pertandingan tersebut selepas menewaskan Indonesia di perlawanan akhir.
Melalui satu muat naik di laman Facebook peribadinya, bekas pemain Sarawak, Kuala Lumpur, Selangor dan JDT itu turut berharap mampu memikat Ketua Jurulatih pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk perlawanan antarabangsa seterusnya.
Keep going πͺπ― Harap2 dapat lah kena panggil utk Harimau Malaya satu hari nanti ππͺπ―π #SEPULUH#teamNike#teamtaylormade#playfortheworld#playingitsafe#kitajagakita#stayhome#thepheonix
Posted by SafeeSali_10 Official onΒ Thursday, April 9, 2020
Malah pemain penyerang itu menggunakan tempoh PKP ini dengan menjalani latihan setiap hari demi memastikan dirinya sentiasa bersedia dan berada dalam keadaan terbaik.
βHarap-harap dapatlah kena panggil untuk Harimau Malaya satu hari nanti,β kata Safee yang trut pernah beraksi bersama Pelita Jaya di Indonesia pada 2011.
Jika Safee berjaya mendapat panggilan daripada Cheng Hoe, ini bermakna beliau akan digandingkan semula dengan Norshahrul Idlan Talaha β gandingan beliau ketika tugasan Piala AFF Suzuki 2010 sebelum ini.
Sepanjang tahun ini skuad kendalian Tan Cheng Hoe akan mengharungi dua tugasan antarabangsa penghujung tahun ini iaitu Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada Oktober ini dan Piala AFF, November depan.
Namun segala-galanya turut akan bergantung kepada keadaan COVID-19 dan kata akhir AFC dan FIFA untuk diteruskan.