Seperti yang kita semua maklum Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) baru baru ini telah menyenaraikan gol lipat / akrobatik Safee Sali sebagai antara lima gol akrobatik terbaik sepanjang saingan Piala AFC.
Safee menghasilkan gol tersebut bersama JDT ketika menewaskan kelab dari India, East Bengal di Stadium Larkin pada 12 Februari 2015.
Penyerang kelahiran Kajang itu menerima hantaran tepat rakan sepasukannya Nazrin Nawi. Safee menggunakan kepantasan dan teknik yang jitu untuk terhubung dengan bola dengan kakinya.
π€ΈββοΈ Here's 5οΈβ£ of the Best πͺπ¬π»πΈπ«πͺπ½π²π¬ goals from the #AFCCup. Which is your favourite?
π @omaralsomah
π₯ @SafeeSali_10
π Nguyen Van Quyet
π― Abdulatef Salkeni
π€© @khairul_amri19π³οΈ VOTE π https://t.co/efJmO53eI8 pic.twitter.com/UeResS1Sh1
β #AFCCup2020 (@AFCCup) June 18, 2020
JDT menewaskan wakil dari India itu 4-1 dalam aksi tersebut. JDT jelas sekali berada dalam prestasi terbaik untuk meratah lawan mereka di stadium keramat mereka di Larkin pada ketika itu.
Penyokong JDT dan seluruh yang menyaksikannya di TV ketika itu takjub dengan gol secantik itu.
Bagaimana Safee Sali boleh menjadikan keadaan yang sukar itu menjadi satu momen gol yang indah, sememangnya menakjubkan.
Itulah kualiti yang kita semua tahu Safee Sali miliki pada kemuncak prestasinya.
UNDI SEKARANG!Ayuh undi jaringan Safee Sali (JDT) bagi gol akrobatik terbaik sepanjang saingan Piala AFC. Undi diβ¦
Posted by PFA Malaysia onΒ Monday, June 22, 2020
Kini bekas penyerang Johor Darul Taβzim (JDT) dan pemain Petaling Jaya City FC itu berpeluang untuk memenangi anugerah individu i dalam calon gol akrobatik terbaik Piala AFC.
Gol tersebut telah dicalonkan untuk dipilih sebagai gol terbaik sepanjang temasya Piala AFC.
Safee Sali bakal dicabar empat lagi gol lain iaitu oleh Omar Al Soma (Qadsia SC), Abdulatif Salkeni (Al Jaish), Nguyen Van Quyet (Hanoi FC) dan Khairul Amri (Tampines Rovers).
Bagaimanapun sehingga jam 2:30pm pada hari ini, gol jaringan Safee Sali itu terikat dari segi undian dengan pemain Hanoi FC, Nguyen Van Quyet.
Safee Sali dan Van Quyet masing-masing telah meraih 47% daripada undi. Sejumlah 30,951 penyokong bola sepak daripada seluruh Asia telah memberikan undi masing-masing.
Bagi yang belum memberikan undi, anda masih berpeluang berbuat demikian. Klik https://bit.ly/akrobatiksafee.Β untuk mengundi.
Ayuh lakukan demi Safee Sali!