Pemain sayap negara mengucapkan selamat tinggal kepada kelab Liga 1 Thailand, Ratchaburi FC. Perkara itu dilakukan melalui IG Story beliau.
Pemain itu menyertai Ratchaburi pada Januari lalu secara pinjaman daripada JDT, dan kontrak asal pemain itu sebenarnya berdurasi setahun bersama kelab Thailand itu.
Melalui hantaran di IG Stoty, Safawi berkongsi foto dirinya dengan Ratchaburi bersama kapsyen: “Pengembaraan bersama anda semua amat hebat. Terima kasih kepada Ratchaburi FC.
🇹🇭 Safawi Rasid has said goodbye to Ratchaburi. The on-loan JDT winger played 16 matches and scored one goal in Thailand. pic.twitter.com/ui6j9RWaC5
— Harimau Abroad🐯🇲🇾✈️ (@harimau_abroad) May 17, 2023
Sepanjang tempoh singkat bersama kelab Thailand itu, Safawi sempat melakukan 13 penampilan. Lapan daripadanya adalah sebagai pemain kesebelasan utama dan lima kali diturunkan sebagai pemain simpanan.
Satu-satunya jaringan yang dihasilkan Safawi adalah ketika membantu Ratchaburi menewaskan Chonburi 2-1 di tempat lawan.
Tiba di Liga Thai pada pertengahan musim, Safawi menyertai Rathcaburi dengan misi mencabar kejuaraan Liga Thai apabila kelab tersebut menduduki tempat ketiga pada ketika itu.
Hasrat tersebut bagaimanapun tidak kesampaian apabila Ratchaburi mengakhiri musim di kedudukan ke-8 hasil 10 kemenangan, 18 kali seri, dan tewas sembilan kali sepanjang musim ini.
"I'm interested in the services of Safawi Rasid"
🗣 Tomislav Steinbrückner, Terengganu FC Head Coach
📷 : TFC
Keep follow : https://t.co/EtpAYcvF28#LigaSuper2023 #SELTER #TFC #TomislavSteinbrückner #SafawiRasid#SNESports pic.twitter.com/txHwnty3rX
— SNEsports (@SNE_Sports) April 19, 2023
Perkembangan terbaru ini menguatkan desas desus Safawi bakal kembali ke Liga Malaysia di jendela perpindahan kedua yang akan dibuka pada akhir bulan ini.
Sebelum ini pemilik JDT, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) pernah mendedahkan Safawi tidak gembira di Thailand, namun pihak kelab belum berbincang dengan pemain itu mengenai perancangan seterusnya.
Sehingga kini belum tentu ke manakah destinasi seterusnya pemain ini, sama ada akan kembali menyertai JDT atau pun terus dipinjamkan ke kelab lain di dalam negara.
Sebelum ini pengendali Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner secara terbuka mendedahkan mahu mendapatkan khidmat Safawi untuk menguatkan jentera serangan pasukan itu.