Penyerang sayap kiri Johor Darul Ta’zim , Safawi Rasid terpaksa dikeluarkan dari atas padang setelah hanya mampu bermain tidak sampai 8 minit selepas wisel perlawanan dibunyikan dalam perlawanan bertemu dengan UiTM di stadium UiTM Shah Alam pada malam tadi.
Pemain sayap JDT Safawi Rasid tampak mengalami kecederaan serius di bahagian lutut hingga kelihatan menitiskan air mata ketika dikeluarkan pada awal permainan menentang UiTM FC.
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) March 13, 2021
Penyerang kebangsaan Harimau Malaya itu berlanggar dengan pemain UiTM , Shafiq Al-Hafiz ketika cuba membuat percubaan gol di luar kotak penalti di minit ke 4. Akibat pelanggaran itu , Safawi mengerang kesakitan sambil memegang lututnya sehingga tidak dapat bermain semula dan posisinya digantikan dengan pemain gantian Arif Aiman.
Safawi Rasid dibawa keluar pada minit ke 8 perlawanan,nampak macam serius kecederaan lutut yang dialami.Harapan CS semoga segalanya dipermudahkan
Kedudukan semasa UiTM FC (0) (2) JDT @OfficialJohor#jdt #safawirasid pic.twitter.com/IGl6XDhLVN
— CakapSukan (@CSukan) March 13, 2021
Kecederaan ACL atau Anterior Cruciate Ligament merupakan kecederaan serius pemain bola sepak seperti yang terjadi ke atas pertahanan utama Liverpool Virgil van Dijk sehingga beliau terpaksa berehat panjang. Kebimbangan peminat Safawi Rasid disebabkan situasi tersebut sangat menggusarkan.
Namun , DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) menerusi satu komen dalam laman instagram meminta peminat bola sepak tidak bimbang dengan kecederaan yang menimpa pemain berusia 24 tahun itu.
“Jangan risau, Alhamdulillah bukan ACL. Kita hanya main di ACL. Itu sahaja, Terima kasih, 2-3 minggu Insya’Allah ok,” kata TMJ menerusi satu komen di laman instagramnya.
Safawi Rasid akan berehat 2-3 minggu dan sudah pasti doktor perubatan JDT akan merawat kecederaan beliau dengan kemudahan fasiliti perubatan yang moden dan termaju.
Sains Di Sebalik Mesin’ Infrared Sauna Therapy’ & ‘Airpod Oxygen & Hydrogen Therapy’ Milik JDT – https://t.co/3IrXxT9Ij0 pic.twitter.com/sAe09OpOLy
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) May 25, 2019
Juara Piala Sumbangsih 2021 itu terus mengukuhkan kedudukan di persada Liga Super dengan mengutip sembilan mata dalam tiga perlawanan sekaligus sebagai pasukan pertama yang menang tiga perlawanan berturut-turut.