Expand To Show Full Article
Safawi Rasid : Suka dan Dukanya Pada Tahun 2020 - Grandstand Kita

Safawi Rasid : Suka dan Dukanya Pada Tahun 2020

Anak jati Terengganu kelahiran daerah Dungun yang menyertai pasukan Johor Darul Ta’zim pada bulan Disember 2016 telah mengecapi kejayaan manis dan bermakna bagi diri beliau sendiri pada tahun 2020.

Walaupun Liga Malaysia terpaksa ditangguhkan dari bulan Mac sehingga Ogos tahun lalu akibat pandemik Covid-19 , beliau mampu mempamerkan aksi yang terbaik selepas Liga Malaysia mula disambung.

Muhammad Safawi Rasid 23 , telah dinobatkan sebagai Pemain Tengah Terbaik tahun 2020 untuk Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2020 (ABK 2020) yang telah dilangsungkan mengikut norma baru dengan penyiaran melalui penstriman.

Beliau juga membantu kelab Johor Southern Tigers merangkul gelaran Juara Liga Super Malaysia (MSL) 2020 yang ketujuh berturut-turut dan turut membuat penampilan yang kedua dalam saingan ASEAN Championship League (ACL).

Safawi Rasid juga telah tercalon dalam Anugerah Pemain Terbaik Asia Fox Sports Asia bagi tahun 2020 dan merupakan calon tunggal mewakili pemain Asia Tenggara.

Beliau telah dicalonkan bersama dengan penyerang Tottenham Hotspurs , Son Heung-min dari Korea Selatan , bekas pemain Barcelona , Andres Iniesta yang mewakili kelab Jepun Vissel Kobe serta beberapa pemain handalan benua Asia.

Pada bulan Oktober 2020 beliau telah terbang ke Portugal untuk menyertai kelab Portimonense SC Liga Portugal sebagai pemain pinjaman.

Bagaimanapun kelibat Safawi yang diharapkan oleh peminat di Malaysia untuk melihat pemain ini berada di kesebelasan utama kelab itu tidak tercapai kerana hanya diletakkan di bangku simpanan sahaja oleh jurulatih tersebut.

Beliau berkemas pulang dari kelab Portugal itu untuk pulang ke JDT semula pada hujung tahun lalu dan kembali bermain untuk kelab yang telah memberikan segala yang terbaik buat dirinya untuk menjadi pemain handalan terbaik negara selepas era Safee Sali dan Safiq Rahim.

Ramai peminat yang membuat pelbagai spekulasi mengenai berita yang mengejutkan terhadap pemain ini yang hanya sempat tiga bulan berkelana di Liga Eropah dan tidak diberikan peluang untuk menunjukkan bakat dan prestasinya bersaing dengan pemain-pemain kelab Portimonense SC.

Mungkin dua artikel ini boleh membuatkan pemikiran anda berasa lapang dan tenang mengenai apa yang telah berlaku kepada pemain tengah JDT ini.

Mengimbas kembali kontroversi pemain kebangsaan Harimau Malaya bagi tahun 2020 mungkin ia telah menjadikan diri Safawi Rasid lebih matang dan berhati-hati dengan setiap tindak-tanduknya yang akan menjadi perhatian peminat disebabkan beliau adalah “public figure” penyokong bolasepak tempatan.

Pemilik JDT , DYAM Tunku Mahkota Johor pernah memberikan amaran keras terhadap pemain muda ini ekoran prestasinya merundum pada awal musim 2020 ketika JDT yang sudah mengharungi tiga aksi kompetatif termasuk satu aksi pembuka tirai Liga Malaysia (Liga-M) menentang Kedah serta dua perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) berjaya memulakan kempen musim baharu dengan rentak positif.

Perkara ini berlaku dikatakan pemain ini mendapat tekanan yang hebat oleh teman wanitanya yang merupakan pelakon dan adik kepada artis popular untuk segera berkahwin.

Bagaimanapun Safawi Rasid telah memohon maaf kepada TMJ dan berjanji akan segera bangkit memberikan fokus 100% di atas padang dan meningkatkan prestasinya permainannya.

Warganet juga mahukan Safawi Rasid tidak terlalu memikirkan soal jodoh sebaliknya diserahkan kepada Tuhan. Mereka juga menitipkan kata-kata semangat kepada beliau untuk terus memberikan persembahan yang terbaik buat kelab JDT terutama kepada baginda TMJ yang telah menjaga kebajikan para pemainnya termasuk memberikan pendapatan yang setimpal seiring dengan taraf dan kualiti yang ada khususnya pemain muda seperti Safawi.

Kalau tidak masakan Safawi mampu membeli kereta mewah seperti Porche Cayman 987 daripada hasil usaha gigih , penat lelah beliau untuk melengkapkannya sebagai pemain yang mempunyai kualiti prestasi yang mengagumkan dalam sesi latihan yang dihadapinya pada setiap hari dan ia telah menuai hasil kejayaan bersama pasukan kebangsaan Harimau Malaya dan JDT.

Hanya tinggal kurang sebulan lagi kalendar MSL 2021 akan bermula di mana JDT akan bertemu dengan Kedah untuk trofi Piala Sumbangsih 2021.

Tahun 2021 adalah tahun kelima Safawi Rasid bermain untuk kelab JDT. Semoga tahun ini akan menjadi satu tahun yang lebih baik untuk Pawi dan terus menjadi pemain unggul serta mengekalkan konsisten demi lencana kelab dan negara yang tersemat di dada jersinya yang bernombor 29.

Kongsi artikel ini