Tidak boleh dinafikan, Safawi Rasid adalah pemain terbaik yang pernah negara ini lahirkan pada hari ini.
Bakatnya bermula di Terengganu. Namun tidak boleh dinafikan apa yang dicapai oleh Safawi pada hari ini telah dibangunkan di JDT.
Berikut adalah beberapa fakta menarik mengenai pemain ini yang mungkin ramai tidak ketahui sebelum ini.
Jika anda sudah tahu, kongsikan dengan yang tak tahu. Jika tak tahu, kita ketahui bersama-sama.
1. Jaguh sepak takraw
Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa bola sepak bukan sukan pertama yang Safawi aktif ketika zaman mudanya.
Sebaliknya ketika di zaman kanak-kanak, Safawi lebih aktig memperagakan kemampuannya di dalam sukan sepak takraw.
View this post on InstagramNow fokus , tomorrow game 🙂 #insyallah#
A post shared by SAFAWI RASID (@safawirasid29) on
Bakat Safawi di dalam sukan sepak takraw mulai terserlah sejak dari sekolah rendah lagi. Malah beliau adalah pemain negeri, dan mewakili pasukan Terengganu untuk bersaing di Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM).
Bola sepak hanya mulai menjadi pilihan Safawi ketika beliau berusia 15 tahun, dan bakat beliau di dalam sukan sememangnya menyerlah sehingga turut mewakili Terengganu di MSSM di dalam bola sepak selepas itu.
2. Safawi miliki keluarga besar
Tahukah anda bahawa selain Safawi, pasangan Rasid Sulong dan Selemeh Abu Bakar turut mempunyai 12 anak yang lain.
Benar! Secara keseluruhan, Safawi mempunyai 13 oranga adik beradik, dan dayang daripada keluarga yang cukup besar.
Safawi pula adalah anak yang ke-9. Walaupun dengan jadual latihan dan perlawanan yang sibuk, Safawi tidak pernah gagal menghubungi keluarganya, atau kembali ke terengganu untuk melawat keluarganya.
“Bagaimanapun, kalau dapat cuti sehari atau dua, saya akan pulang ke kampung di Dungun, Terengganu berjumpa keluarga,” ujarnya kepada mStar Online sebelum ini.
Menurut Safawi, dia akui keluarganya adalah tulang belakang utama dalam kariernya.
“Restu mereka menjadikan saya seperti sekarang. Sudah tentu saya tidak sesekali akan membelakangkan mereka kerana saya masih ingat sampai bila-bila pesan supaya bermain bersungguh-sungguh kerana ayah pesan ‘keluarga kita ni bukan macam orang lain, nak tu dapat, nak ni dapat’,” jelasnya.
3. Mahu jadi Doktor Safawi
Sekarang anda bayangkan pula Safawi bekerja sebagai seorang doktor, segak bergaya dengan jubah putih bersama stetoskop memeriksa pesakit di hospital kerajaan atau pun swasta.
Agaknya, mesti ramai patient, mahu pun jururawat yang jatuh hati gitu!
Siapa sangka pemain negara ini pada satu masa dahulu pernah bercita-cita untuk menjadi doktor. Itu adalah impian Safawi ketika masih berada di bangku persekolahan.
Namun Safawi mengakui dirinya adalah seorang pelajar nakal ketika di bangku persekolahan. “Sekolah pun kurang,” ujar beliau dalam satu artikel oleh Fox Sports satu masa dahulu.
Bagaimanapun Safawi tetap bersyukur kerana kerjaya bola sepak mampu mengubah nasib keluarganya. Dan kalau Safawi nak jadi doktor, sebenarnya belum lagi terlambat. Bolehlah ambil sports medicine selepas bersara nanti.
Siapa tahu impian terdahulu bakal menjadi realiti di masa hadapan?
4. Idola kepada adik yang lain
Kami percaya kejayaan Safawi Rasid sebagai seorang pemain bola sepak membuatkan dirinya sebagai idola ramai pemain muda, khususnya yang masih berada di bangku persekolahan.
Benar adik-adik, nak jadi pemain bola seperti Safawi, maka kenalah ada disiplin tinggi yang tidak kenal penat lelah.
Selain daripada menjadi inspirasi kepada ramai pemain muda di luar sana, karier Safawi turut dijadikan inspirasi oleh adik kandungnya sendiri, iaitu Alfi Rasid.
ADIK KEPADA SAFAWI RASID, ALFI RASID DI TAWARKAN BERMAIN BERSAMA PASUKAN JDT III.
Posted by JDT Live Channel on Sunday, 29 December 2019
Alfi pernah beraksi di Liga Amatur di Terengganu bersama pasukan Dspex FC yang berpengkalan di Dungun. Merupakan seorang pemain tengah, Alfi berjaya membantu pasukannya muncul juara Liga Premier Terenggan Amatur League pada 2018.
Terbaru, Alfi dikhabarkan telah mengikut jejak abangnya dengan menyertai JDT III. Kepada adik Alfi, selamat maju jaya kami ucapkan.
5. Pernah dilabel sebaris Mbappe
Safawi Rasid turut pernah disenaraikan sebagai bakal bintang masa depan atau ‘future wonderkid’ oleh laman sosial bola sepak antarabangsa, Tekkers pada awal tahun ini.
Penyenaraian tersebut adalah berdasarkan kriteria dan kebolehan seseorang pemain terutama ketika beraksi bersama kelab serta pasukan kebangsaan.
Turut disenaraikan adalah penyerang Perancis/ PSG, Kylian Mbappe; pemain tengah Belanda & Barcelona, Frenkie de Jong; bek kanan England & Liverpool, Alexander Arnold dan tonggak tengah Amerika Syarikat/ Chelsea, Christian Pulisic.
Pada musim lalu, Safawi cemerlang membantu JDT muncul juara treble di saingan Liga Malaysia, selain cemerlang bersama Harimau Malaya mengharungi pusingan kelayakan Piala Dunia/Piala Asia.
Penutup
Amacam? Anda ada kisah positif yang menarik mengenai Safawi Rasid yang ingin dikongsikan. Nyatakan di ruangan komen. Kami juga ingin mendengarnya daripada anda.
Buat Safawi, selamat menyambut hari kelahiran ke-23 buat anda. Doa kami, supaya Safawi terus sukses dalam karier bola sepak, dan kehidupan.
Rujukan: