Sabah FC sah menandatangani bekas pemain akademi Porto FC apabila mengumumkan ketibaan Telmo Castanheira untuk memperkuatkan cabaran Skuad Badak untuk musim akan datang.
Pemain tengah berusia 30 tahun itu akan menjadi pemain pertama dari Portugal untuk beraksi di Liga Malaysia.
Walaupun tidak pernah beraksi bersama skuad utama Porto, Castanheira pernah menyarung jersi skuad utama Santa Clara di liga utama negara itu sebelum menyertai juara 3 kali Liga Iceland, Ib Vestmannaeyja.
Liga Malaysia merupakan cabaran pertama di luar eropah yang disertai oleh Castanheira dan Sabah FC sudah pasti berharap mampu menggunakan pengalaman pemain itu pada musim ini – termasuk di saingan Piala AFC.
“Saya begitu teruja untuk beraksi di benua lain [buat kali pertama]. Mengenai corak permainan, saingan liga di Iceland dan Malaysia hampir sama, jadi saya tidak berfikir ia akan memberikan masalah kepada saya untuk menyesuaikan diri.
#SantaClara | Telmo Castanheira (24), medio ex #GondomarSC, es nuevo refuerzo azoriano. https://t.co/GuIbEslxFM pic.twitter.com/JsXpcFyeAB
— Fútbol Portugal © 🇵🇹 (@FutbolPortugal) June 9, 2016
“Saya menerima tawaran [Sabah FC] kerana mahukan cabaran dan pengalaman baharu di benua lain, melihat sendiri gaya bola sepak yang berbeza dan percaya saya mampu memberikan impak kepada pasukan di sini.”
Castanheira turut menggambarkan dirinya sebagai pemain yang selesa dengan bola di kaki, dan merupakan pemain serangan yang mempunyai kemampuan melakukan assist, atau melakukan larian ke dalam kotak penalti apabila keadaan memerlukan.
“Apa-apa pun perkara terutama adalah saya seorang pemain yang gemar bermain secara berpasukan. Sebagai seorang pemain tengah, tanggungjawab utama saya bukan sekadar membentuk tempo serangan tetapi turut membantu pasukan ketika bertahan.
The amazing Telmo Castanheira pic.twitter.com/V0VgrygtD6
— Pedro de Sousa Santos (@psanto13) January 8, 2019
“Saya melihat diri saya sendiri sebagai seorang pemain tengah kotak-ke-kotak (box-to-box).
“Matlamat utama saya sangat mudah, iaitu untuk membantu kelab mencapai sasaran mereka.
“Saya telah berlatih bersama rakan sepasukan baharu sejak beberapa minggu lalu, dan kini mulai menyesuaikan diri dengan cuaca, selain persefahaman.
“Kini saya rasa sangat gembira, terima kasih kepada sambutan hangat dibeerikan rakan sepasukan dan kakitangan kelab yang lain.
“Buat masa ini saya sibuk dengan latihan dan belum ada masa untuk menerokai Sabah, tetapi saya suka melihat apa yang ada di bandar [Kota Kinabalu] dan budaya rakyat setempat.
Selain Castanheira, pemain import baharu lain yang direkrut oleh Sabah adalah pemain pertahanan tengah dari Brazil, Gabriel Peres, dan penyerang Nigeria, Jacob Njoku.
Sabah FC turut mengekalkan dua pemain import pada musim lalu, iaitu Saddil Randami (Indonesia) dan Park Tae-su (Korea Selatan).