Ronaldo Ketuai Skuad Kebangsaan Serah Bonus Bantu Kelab Amatur Di Portugal

Cristiano Ronaldo dan rakan sepasukan skuad kebangsaan Portugal yang lain mendermakan separuh dari bonus kejayaana mara ke pusingan akhir Euro 2020 untuk membantu kelab amatur di negara tersebut yang terjejas disebabkan penularan wabak.

Persatuan Bola Sepak Portugal dalam satu kenyataan pada Isnin lalu berkata hasil kutipan tersebut akan pergi ke sebuah dana dengan sasaran kutipan berjumlah $5.1 juta.

Badan bola sepak Portugal pada minggu lalu telah membatalkan terus musim bola sepak amatur berkuatkuasa serta merta, tanpa sebarang gelaran juara dan juga pasukan yang tersingkir.

Namun demikian masih belum ada kata putus mengenai nasib liga profesional di Portugal diumumkan walaupun presiden Liga Portugis sebelum ini berkata beliau nekad untuk memastikan ia mampu diselesaikan.

“Ia adalah perkara asas pertandingan ditamatkan kerana ia membenarkan beberapa normaliti untuk dikembalikan, dan kita boleh bersedia untuk musim hadapan dengan mengetahui siapa yang sudah layak untuk pertandingan antarabangsa,” kata Pedro Proenca.

Portugal mengejutkan tuan rumah Perancis di Euro 2016, tetapi Ronaldo dan rakan sepasukan kini harus menuggu setahun lagi untuk mempertahankan kejuaraan selepas Euro 2020 ditangguhkan selama 12 bulan.

 

Kongsi artikel ini