Cristiano Ronaldo menghadiahkan ibunya sebuah kereta Mercedes sempena sambutan Hari Ibu di Portugal pada Ahad lalu.
Ronaldo mempunyai hubungan yang rapat dengan ibunya Maria Dolores, yang memainkan peranan besar kepada kejayaan pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali itu.
Dolores, kini berusia 65 tahun mempunyai empat anak, berkongsi gambar dirinya bersama kereta Mercedes pemberian anaknya.
“Terima kasih untuk hadiah yang saya terima pada hari ini. Selamat Hari Ibu kepada semua ibu,” kata beliau di Instagram.
Cristiano Ronaldo treats mum to brand new Mercedes 4×4 as Mother's Day gifthttps://t.co/FcCtJXa7RH pic.twitter.com/iBBQI6H3Gi
— Daily Star Sport (@DailyStar_Sport) May 3, 2020
Ronaldo turut tidak ketinggalan mengucapkan selamat Hari ibu kepada Dolores dan juga pasangannya Georgina Rodriguez yang membesarkan empat anaknya.
“Selamat Hari Ibu kepada dua wanita istimewa,” ujar beliau sambil berkongsi gambar Maria dan Georgina.
View this post on InstagramObrigada aos meus filhos pelos presentes que hoje recebi. Feliz dia para todas as mães ❤️🌷
A post shared by Maria Dolores (@doloresaveiroofficial) on
Hari Ibu di Portugal diraikan pada Ahad pertama setiap Mei, berlainan seperti di UK pada Mac.
Dolores sebelum ini pernah diserang strok dan dikejarkan ke hospital pada Mac. Ronaldo segera bekejar ke hospital, sebelum keadaan belia kembali pulih.
View this post on InstagramHappy Mother's Day to my two special women 🙏💗
A post shared by Cristiano Ronaldo (@cristiano) on
“Saya bernasib baik kerana berpeluang untuk terus hidup, untuk menyayangi keluarga dan berada dekat dengan mereka.” kata beliau.
“Terima kasih atas sokongan semua. Ia adalah tahun yang sukar, tetapi ia akan diakhiri dengan kemenangan.
“Saya sekarang berada di rumah dikelilingi orang tersayang dan penuh dengan tenaga.”